Sabtu, 14 September 2019 | 11:00am

Sokong rangka SOP untuk petugas media

Ugutan bunuh terhadap wartawan atas laporan yang dibuat bukan perkara baharu dan ia berlaku di mana-mana negara di dunia ini, terutama di negara Barat. Tujuannya kebanyakan untuk menakut-nakutkan wartawan supaya tidak membongkar atau melaporkan aktiviti mereka yang mungkin menyalahi undang-undang.

Ia adalah satu tindakan pengecut apatah lagi tidak berani bersemuka untuk menafikan laporan yang disiarkan iaitu berani kerana benar. Jika benar laporan itu tidak betul, apa salah membuat kenyataan akhbar atau sidang media untuk menafikannya serta menjelas kedudukan sebenar.

Oleh itu kita mengalukan cadangan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo supaya kerajaan berbincang dengan agensi media bagi menetapkan Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk memastikan keselamatan petugas media.

SOP itu penting supaya menjadi panduan setiap wartawan tatkala menjalankan tugas, sama ada dalam atau luar negara. Pihak pengamal media dan Majlis Media Malaysia perlu berbincang secara mendalam bagi merangka SOP yang komprehensif.

Gambar fail, petugas media berkumpul bagi membuat satu liputan tokoh berprofil tinggi di Kuala Lumpur. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali

Kempen beli barang buatan tempatan

Kita menyambut baik penganjuran Karnival Usahawan Desa 2019 (KUD2019) oleh Kementerian Luar Bandar sebagai sebahagian inisiatif dalam mendukung kempen membeli barangan buatan tempatan dalam usaha meningkatkan pendapatan negara, sekali gus membantu pertumbuhan ekonomi domestik.

Usaha ini perlu mendapat kerjasama semua, sama ada orang Islam atau bukan Islam. Ini patut menjadi keutamaan semua, bukan wujud unsur memboikot sesuatu produk oleh kaum tertentu kerana kita sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum, masih saling memerlukan antara satu sama lain.

Kita harus menolak pemikiran dan pendirian sempit berasaskan sentimen perkauman yang cuba dimainkan pihak tertentu kerana ia boleh menjejaskan keharmonian dan kesejahteraan negara.

Kabinet pada 4 September lalu juga bersetuju usaha memboikot barangan keluaran pengusaha bukan Islam di negara ini adalah sangat tidak wajar.

Kemelut Kerajaan

Berita Harian X