Isnin, 5 Ogos 2019 | 5:33pm
Keranda putera Firaun, Tutankhamun bersalut emas bersama artifak lain melalui proses pemuliharaan di Muzium Besar Mesir yang baharu. - Foto AFP

Mesir pamerkan pemuliharaan keranda emas anak Firaun

KAHERAH: Mesir mempamerkan keranda Tutankhamun bersalut emas yang melalui proses pemuliharaan sejak makam putera Firaun itu pertama kali ditemui pada 1922.

Proses pemuliharaan itu bermula pertengahan bulan lalu selepas keranda tiga lapis itu dipindahkan ke Muzium Besar Mesir yang baharu dari Lembah Raja-Raja di Luxor, selatan Mesir.

Menteri Antikuiti Mesir, Khaled el-Enany, berkata pihaknya mempamerkan artifak bersejarah yang unik itu bukan untuk tontonan rakyatnya sahaja, bahkan seluruh dunia.

Keranda emas putera Firaun itu, akan dipamerkan bersama artifak Tutankhamun lain hingga hujung tahun depan apabila muzium agam Mesir itu dibuka untuk umum.

Pemuliharaan dijangka mengambil masa sekitar lapan bulan.

Bahagian luar keranda diperbuat daripada kayu setinggi 2.23 meter dan dihiasi dengan lukisan putera itu memegang simbol Firaun.

Pada abad lalu, keranda itu mengalami retakan di bahagian lapisan plaster terutama penutup dan dasar.

Ahli arkeologi British terkenal, Howard Carter menemui makam dinasti Firaun ke-18 di Luxor pada 1922.

Pengumuman itu muncul selepas kontroversi Firaun berkenaan tercetus pada awal Julai lalu apabila artifak Tutankhamun berusia 3,000 tahun dijual di London dengan harga AS$6 juta (RM25 juta).

Mesir yang berang, mengutuk jualan itu dan meminta agensi polis antarabangsa Interpol untuk menyiasat artifak yang dianggap hasil jarahan. - AFP


Keranda putera Firaun, Tutankhamun bersalut emas bersama artifak lain melalui proses pemuliharaan di Muzium Besar Mesir yang baharu. - Foto AFP


Keranda putera Firaun, Tutankhamun bersalut emas bersama artifak lain melalui proses pemuliharaan di Muzium Besar Mesir yang baharu. - Foto AFP


Keranda putera Firaun, Tutankhamun bersalut emas bersama artifak lain melalui proses pemuliharaan di Muzium Besar Mesir yang baharu. - Foto AFP


Keranda putera Firaun, Tutankhamun bersalut emas bersama artifak lain melalui proses pemuliharaan di Muzium Besar Mesir yang baharu. - Foto AFP


Keranda putera Firaun, Tutankhamun bersalut emas bersama artifak lain melalui proses pemuliharaan di Muzium Besar Mesir yang baharu. - Foto AFP

Berita Harian X