Isnin, 9 September 2019 | 12:03pm
Activists demonstrate during an anti-government protest calling for the Prime Minister's resignation, outside Downing Street in central London on September 7, 2019. - Britain's upper house on Friday gave final approval to a law that would force Boris Johnson to delay Brexit, in a fresh setback for the British Prime Minister who is struggling in his bid to call an early election. (Photo by DANIEL LEAL-OLIVAS / AFP)

Novel perisikan British kutuk Perdana Menteri, Brexit

LONDON: Karya novelis pakar perisikan British, John le Carre ke-25, mengutuk ‘kejahilan’ Boris Johnson dan ‘kerja gila’ Brexit, berdasarkan petikan yang diterbitkan akhbar Guardian.

Berlatarkan tahun 2018, novel berjudul Agent Running in the Field menyorot kisah Nat, anggota perkhidmatan risikan luar MI5 berusia 47 tahun dan bakal diterbitkan 17 Oktober depan.

Novel itu mengisahkan Nat mendedahkan pilihan kerajaya kepada anak perempuannya, Steff.

Dalam novel itu, Johnson masih dijadikan watak menteri luar, iaitu jawatan yang dilepaskannya pada Julai 2018 sebagai protes terhadap strategi Berxit bekas perdana menteri, Theresa May.

Menggambarkan Britain sebagai negara bakal jatuh, Nat menyenaraikan sebab mengapa watak itu curiga terhadap realiti demokrasi di negaranya.

“Kabinet minoriti Tory dalam kalangan kelas bawah. Bapa berkhidmat kepada menteri luar yang sangat jahil. Parti Buruh lebih kurang. Kegilaan luar biasa Brexit,” Nat memberitahu anaknya.

Le Carre ialah penyokong terkenal Kesatuan Eropah (EU) yang bergabung dengan ramai novelis lain mendesak pengundi untuk menyokong EU pada pilihan raya parlimen Eropah.

Pungutan suara itu dimenangi Parti Brexit yang dipimpin ahli politik populis anti-EU, Nigel Farage.

Editornya, Mary Mount, berkata perkara penting perlu disebut mengenai Le Carre ialah beliau menganggap Eropah sebagai tanah airnya seperti Britain.

“Selepas pungutan suara (Brexit 2016), beliau tidak mempunyai pilihan lain kecuali untuk melihat kepada kedudukan kita sekarang,” katanya kepada The Guardian.

Buku itu dijadualkan untuk diterbitkan dua minggu sebelum Britain ditetapkan meninggalkan rakan paling rapatnya selepas 46 tahun.

Johnson menjadi perdana menteri pada Julai lalu, bersumpah untuk mengotakan janji meninggalkan EU pada 31 Oktober selepas dua kali ditangguhkan sama ada dengan atau tanpa perjanjian perpisahannya. -AFP

118 dibaca
Berita Harian X