Rabu, 9 Oktober 2019 | 2:12pm
Minat generasi muda terhadap bidang sains termasuk angkasa lepas perlu disemai termasuk melalui penerbitan buku sains fiksyen. Gambar hiasan. - Foto Nurul Shafina Jemenon

Karya sains fiksyen suntik minat generasi muda

KUALA LUMPUR: Buku sains fiksyen mampu mencetus minat kanak-kanak untuk menerokai pelbagai bidang sains termasuk angkasa lepas.

Pengarah Pejabat Wilayah Majlis Sains Antarabangsa (ISC) untuk Asia dan Pasifik, Prof Emeritus Datuk Dr Mazlan Othman, berkata buku sains fiksyen antara cara mencetuskan persoalan dalam minda kanak-kanak.

“Karya sebegini dapat mendorong kanak-kanak untuk berimaginasi secara kreatif tanpa had,” katanya kepada BERNAMA selepas Majlis Pelancaran Siri Buku Alien-Sains Fiksyen di Planetarium Negara di sini.

Buku sains fiksyen berharga RM15 senaskah itu, dihasilkan sembilan penulis termasuk bekas penyanyi dan pelakon Maizurah Hamzah yang menulis mengenai cerita makhluk asing dan bumi, VOVOZ Mengkaji Bumi.

Selain Maizurah, penulis yang turut menyumbang karya ialah Zulkifli Mohd, Faizah Sulaiman, Feezanoor, Basari Mat Yasit, Norazimah Abu Bakar, Nor Azhar Ishak, Azrian Ali dan Marzalina Mansor.

Berita Harian X