Selasa, 4 Februari 2020 | 6:57pm
Gambar Mona Lisa diperbuat daripada 330 kiub rubik bakal dilelong di Paris dengan harga dijangka cecah 150,000 euro (RM681,000). - Foto REUTERS/Gonzalo Fuentes

Senyuman Mona Lisa berharga lebih setengah juta ringgit

PARIS: Gambar Mona Lisa diperbuat daripada 330 kiub rubik bakal dilelong di sini, tidak jauh daripada jalan yang menempatkan karya asal Leonardo da Vinci itu.

Penganjur lelongan seni moden, Artcurial dalam kenyataannya berkata, karya yang dihasilkan seniman urban Perancis, Invader pada 2005 itu dijangka akan mencecah harga 150,000 euro (RM681,000).

Ia menggunakan petak permainan plastik itu untuk membentuk mozek Mona Lisa dan senyuman terkenalnya dengan warna menyilau.

Gambar Mona Lisa diperbuat daripada 330 kiub rubik bakal dilelong di Paris dengan harga dijangka cecah 150,000 euro (RM681,000). - Foto REUTERS/Gonzalo Fuentes
Gambar Mona Lisa diperbuat daripada 330 kiub rubik bakal dilelong di Paris dengan harga dijangka cecah 150,000 euro (RM681,000). - Foto REUTERS/Gonzalo Fuentes

Ketua Jabatan Seni Urban Artcurial, Arnaud Oliveux, berkata kita tidak perlu melihat perincian lukisan itu, sebaliknya sedia mengetahui ia gambar Mona Lisa.

“Ini semata-mata disebabkan kedudukan, gabungan dan itulah yang dinamakan keajaiban,” katanya.

Lelongan yang bakal diadakan pada 23 Februari ini, bertepatan dengan pameran besar-besaran Leonardo da Vinci di Louvre, yang menempatkan karya asal Mona Lisa.

Pameran itu bersempena ulang tahun kematian mahaguru Renaissance itu yang ke-500.

Invader yang menjadi seniman jalanan misteri itu, mencipta nama dengan menyusun mozek seramik di dinding bangunan di seluruh dunia yang selalunya menggambarkan permainan video dan watak komik. - Reuters

Berita Harian X