X
Selasa, 26 Februari 2019 | 10:00am
- Gambar hiasan
- Gambar hiasan

Manfaat perundangan Islam basmi jenayah

Sikap penjenayah semakin agresif memberi isyarat bahawa hukuman melalui ciptaan undang-undang manusia kurang berkesan, malah menambah peningkatan berlakunya segala jenis jenayah di negara kita ini.

Bayangkan penjenayah kini menggunakan taktik mencederakan mangsa sebelum merompak dan meragut. Penggunaan senjata tajam dan melakukan jenayah beramai-ramai begitu menakutkan orang awam, sehingga terpaksa lebih berwaspada di mana sahaja berada walaupun dalam kediaman sendiri.

Untuk mengatasi dan menjaminkan keselamatan orang ramai daripada menjadi mangsa kekejaman penjenayah, wajar kita kembali kepada hukum perundangan Islam sebagai alternatif.

Saya sarankan kita kembali kepada perintah Allah, yakni berkaitan dengan hukum hudud. Sekurang-kurangnya cuba dahulu sebahagian daripada perundangan itu ke atas jenayah tertentu seperti peragut dan penjenayah yang menggunakan senjata tajam untuk merompak mangsa.

Jika ia berkesan dan boleh mengurangkan jenayah, maka bolehlah diteruskan hukuman melalui kaedah Islam yang lain.

Kalau sekiranya positif dan mampu dapat mengurangkan jenayah, saya rasa orang bukan Islam pun akan merestui undang-undang itu dilaksanakan secara berperingkat kerana manfaatnya kembali kepada manusia itu sendiri.

Syed Abdullah Syed Osman
Ampangan Seremban

Berita Harian X