Jumaat, 28 Julai 2017 | 11:42pm
SETIAUSAHA Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin. - Foto Owee Ah Chun

KL2017: Skuad Kim Swee buka langkah 14 ogos

KUALA LUMPUR: Skuad bawah 22 tahun (B-22) negara akan membuka tirai pemburuan pingat emas di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 berdepan Brunei di Stadium Shah Alam pada 14 Ogos ini.

Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu diletakkan dalam Kumpulan A bersama Myanmar, Singapura, Brunei dan Laos.

Sementara itu, Thailand yang juga juara bertahan akan membuka saingan Kumpulan B berdepan Indonesia pada 15 Ogos di Stadium Shah Alam.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mengesahkan acara bola sepak lelaki akan diadakan di empat gelanggang termasuk Stadium Shah Alam, Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Stadium UiTM, Shah Alam dan Stadium Universiti Malaya Arena, Kuala Lumpur.

Hamidin berkata, tambahan satu lagi gelanggang iaitu Stadium Nasional, Bukit Jalil (jika Malaysia layak ke final) manakala acara bola sepak wanita diadakan di dua venue iaitu Stadium UiTM, Shah Alam dan Stadium Universiti Malaya Arena.

"Hanya acara bola sepak lelaki dipecahkan kepada dua kumpulan disusuli peringkat separuh akhir dan final.

"Bagi acara bola sepak wanita serta futsal lelaki dan wanita dijalankan secara liga sepusingan dengan penentuan pingat emas, perak dan gangsa adalah berdasarkan kedudukan mata selepas semua pasukan beraksi empat perlawanan," kata Hamidin dalam satu kenyataan.

Sementara itu, acara futsal lelaki dan wanita pula akan diadakan di satu gelanggang saja iaitu di Kompleks Sukan Panasonic, Shah Alam.

KL2017: Jadual acara bola sepak lelaki

Kumpulan A

14 Ogos

Myanmar mln Singapura (Std Majlis Perbandaran Selayang, 4 ptg)

MALAYSIA mln Brunei (Std Shah Alam, 8.45 mlm)

16 Ogos

Singapura mln MALAYSIA Std Shah Alam, 8.45 mlm)

Myanmar mln Laos (Std UiTM, Shah Alam, 8.45 mlm)

18 Ogos

Laos mln Singapura (Std Majlis Perbandaran Selayang, 4 ptg)

Brunei mln Myanmar (Std UiTM, Shah Alam, 4 ptg)

21 Ogos

Brunei mln Laos (Std Universiti Malaya Arena 4 ptg)

MALAYSIA mln Myanmar (Std Shah Alam, 8.45 mlm)

23 Ogos

(Kumpulan A)

Laos lwn MALAYSIA Std Shah Alam, 8.45 mlm)

Singapura lwn Brunei (Std Majlis Perbandaran Selayang, 8.45 mlm)

Kumpulan B

15 Ogos

Indonesia mln Thailand (Std Shah Alam, 4 ptg)

Vietnam mln Timor Leste (Std Majlis Perbandaran Selayang, 4 ptg)

Kemboja mln Filipina (Std Majlis Perbandaran Selayang, 8.45 mlm)

17 Ogos

Vietnam mln Kemboja (Std Shah Alam, 4 ptg)

Indonesia mln Filipina (Std Shah Alam, 8.45 mlm)

Thailand mln Timor Leste (Std Majlis Perbandaran Selayang, 8.45 mlm)

20 Ogos

Timor Leste mln Indonesia (Std Majlis Perbandaran Selayang, 4 ptg)

Thailand mln Kemboja (Std Majlis Perbandaran Selayang, 8.45 mlm)

Filipina mln Vietnam (Std Shah Alam, 8.45 mlm)

22 Ogos

Filipina mln Thailand (Std Majlis Perbandaran Selayang, 4 ptg)

Vietnam mln Indonesia (Std Majlis Perbandaran Selayang, 8.45 mlm)

Kemboja mln Timor Leste (Std Universiti Malaya Arena, 8.45 mlm)

24 Ogos

Indonesia mln Kemboja (Std Shah Alam, 4 ptg)

Thailand lwn Vietnam (Std Majlis Perbandaran Selayang, 4 ptg)

Timor Leste mln Filipina (Std Universiti Malaya Arena, 4 ptg)

26 Ogos

(Separuh Akhir)

Juara Kumpulan A mln Naib Juara Kumpulan B

Juara Kumpulan B mln Naib Juara Kumpulan A

(Std Shah Alam & Std Majlis Perbandaran Selayang)

29 Ogos

Penentuan Pingat Gangsa, 4.30 ptg

(Std Majlis Perbandaran Selayang atau Std Shah Alam (jika final di Stadium Nasional, Bukit Jalil)

Final, 8.45 mlm

(Std Shah Alam atau Std Nasional, Bukit Jalil (jika Malaysia layak ke final)

Berita Harian X