Khamis, 31 Ogos 2017 | 8:56pm
SERGE AURIER ikat kontrak lima tahun bersama skuad bimbingan Mauricio Pochettino. - Foto AFP

Aurier sertai Spurs daripada PSG

LONDON: Bek kanan Ivory Coast, Serge Aurier menyertai Tottenham Hotspur daripada Paris Saint-Germain (PSG) dengan kontrak selama lima tahun, umum kedua-dua kelab terbabit sebentar tadi.

Kelab Spurs dilaporkan membayar PSG sekitar 23 juta pound sterling (RM bagi mendapatkan pemain berusia 24 tahun itu yang memenangi dua kejuaraan Ligue 1 sepanjang tiga musim di Paris.

"Ini adalah peluang menarik dan terbesar membabitkan sebuah kelab bola sepak hebat. Saya tidak sabar untuk membuktikan diri saya sebagai pemain profesional di luar dan di dalam padang," kata Aurier menerusi laman web Spurs.

Aurier yang sudah mewakili Ivory Coast sebanyak 40 kali, memulakan kerjaya bersama kelab Lens di Perancis, sebelum menyertai Toulouse selama dua musim setengah, disusuli PSG pada Januari 2014.

Sepanjang berada di Parc des Princes, dia juga berjaya memenangi tiga Piala Perancis dan tiga Piala Liga Perancis.


JENTERA pelumba negara, Nazim Azman sasar ulangi kejayaan raih di GP Malaysia, tahun lalu

Aurier dijangka mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh pemain England, Kyle Walker yang menyertai Manchester City. Selain bek kanan, dia juga boleh beraksi di bahagian tengah.

Bekas pemain PSG ini adalah pemain keempat diikat oleh Spurs sepanjang tempoh perpindahan yang berakhir tengah malam ini, selepas Davinson Sanchez, Paulo Gazzanigga (penjaga gol) dan pemain remaja Argentina, Juan Foyth. - AFP

25 dibaca
Berita Harian X