Sabtu, 9 September 2017 | 7:36am
PENGURUS Chelsea, Antonio Conte pada sidang akhbar di London. - Foto Reuters

Chelsea masih pasukan pilihan pemain hebat - Conte

LONDON: Antonio Conte menegaskan Chelsea masih boleh menarik perhatian pemain terbaik dunia walaupun berdepan penamat yang berserabut ketika jendela perpindahan.

Conte menghabiskan sebahagian besar penamat musim berang dengan kegagalan Chelsea mendapatkan sasaran utama selepas menyaksikan Manchester United menewaskan mereka bagi mendapatkan tandatangan Romelu Lukaku.

Walaupun berjaya mendapatkan Alvaro Morata, Tiemoue Bakayoko dan Antonio Rudiger, Conte merasakan skuad miliknya terdesak untuk mendapatkan kekuatan selepas pemergian John Terry dan Nemanja Matic.

Selepas penamat perpindahan minggu lalu, Chelsea cuba mengurangkan kebimbangan pengurus mereka namun usaha mereka menghasilkan keputusan bercampur-campur.

Ketika Chelsea berjaya mendapatkan pemain tengah Leicester City, Danny Drinkwater dan pertahanan Torino, Davide Zappacosta, Conte kecewa apabila gagal mendapatkan pemain antarabangsa England, Ross Barkley dan Alex Oxlade-Chamberlain.

Barkley mahu terus bersama Everton walaupun Chelsea bersetuju dengan jumlah yuran pemain tengah itu manakala Oxlade-Chamberlain menolak tawaran Blues untuk menyertai Liverpool.

Gagal dalam usaha mendapatkan perjanjian minit terakhir amat sukar buat juara bertahan itu namun Conte yakin Stamford Bridge akan kekal selaku destinasi pilihan.

Ditanya sama ada dia terkejut apabila ditolak Barkley dan Oxlade-Chamberlain, Conte berkata: "Jangan lupa seorang pemain England bersama kami. Jika saya tidak silap, Drinkwater ialah pemain England. Kami gembira dengannya.

"Dua pemain tiba ketika pasaran perpindahan. Ini adalah masa untuk bekerjasama, untuk bekerjasama dengan pemain baharu ini dan menyesuaikan mereka secepat mungkin." - AFP

Berita Harian X