Ahad, 10 September 2017 | 1:13pm
PENYERANG Chelsea, Alvaro Morata 9kiri) meraikan gol pembukaan pada saingan Liga Perdana Inggeris menentang Leicester di Stadium King Power, malam tadi. - Foto REUTERS

Conte beri amaran Kante bakal menyengat

LEICESTER: Pengurus Chelsea, Antonio Conte beri amaran kepada semua pencabarnya musim ini betapa N'Golo Kante kini mula pamer peningkatan dan berjaya beraksi lebih baik.

Malam tadi Kante turut menghasilkan satu jaringan bersama Alvaro Morata ketika menewaskan bekas kelab, Leicester City 2-1 manakala Jamie Vardy meledak gol buat The Foxes.


PEMAIN tengah Chelsea, N'Golo Kante (tengah) diasak pemain Leicester, Matty James (kiri) di Stadium King Power, malam tadi. - Foto EPA

Ia memastikan kebangkitan Chelsea untuk raih kemenangan ketiga berturut-turut selepas dikejutkan Burnley pada aksi pembukaan.

"Sudah pasti ia hari yang hebat buat kami dan Alvaro Morata," kata Conte. "Ia sesatu yang bagus buat penyerang apabila berjaya menjaringkan gol.

"Bagi kami, ia cukup penting untuk melihat peningkatan dan saya gembira melihat Morata berjaya menjaringkan gol.

"N'Golo Kante bermain dengan baik dan sekarang kita lihat dia juga ada kualiti daripada segi sentuhan penyudah. Cukup penting buat kami untuk melihat pemain mula pamer peningkatan."


PENGENDALI Chelsea, Antonio Conte yakin kemampuan pemain tengah, N'Golo Kante. - Foto AFP

Pemain tengah dari Perancis itu memenangi Anugerah Penulis Sukan dan PFA musim lalu selepas prestasi hebatnya ketika muncul watak penting bantu Chelsea muncul juara.

Ia kejayaan kedua buat Kante selepas turut membantu Leicester City muncul juara pada edisi sebelum itu. - AFP

Berita Harian X