Sabtu, 16 September 2017 | 9:56am
KETUA jurulatih FELDA United, B Sathianathan mempertahankan corak taktikal digunakan skuadnya. - Foto Osman Adnan
KETUA jurulatih FELDA United, B Sathianathan mempertahankan corak taktikal digunakan skuadnya. - Foto Osman Adnan

Sathianathan akur PKNP beraksi lebih baik berbanding FELDA

MARAN: Ketua jurulatih FELDA United, B Sathianathan mempertahankan corak taktikal digunakan skuadnya dan sebaliknya menyalahkan kesilapan pemainnya sendiri sebagai punca kekalahan 1-3 kepada PKNP FC dalam aksi suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Tun Abdul Razak, di sini, malam tadi.

Katanya, kelemahan kawalan bola selain hantaran dan pertarungan satu lawan satu antara pemain dengan pasukan pelawat menjadi penyebab skuad kendaliannya tidak dapat bermain seperti dirancang.

PENYERANG FELDA United, Thiago Augusto Fernandes (kiri) diasak pemain PKNP FC, Ritus Krjauklis pada saingan suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Tun Abdul Razak. - Foto Muhd Asyraf Sawal
PENYERANG FELDA United, Thiago Augusto Fernandes (kiri) diasak pemain PKNP FC, Ritus Krjauklis pada saingan suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Tun Abdul Razak. - Foto Muhd Asyraf Sawal

"Mereka (PKNP FC) bermain dengan baik. Kawalan bola, hantaran dan penyudah di hadapan gol mereka sangat berkesan. Separuh masa pertama mereka bermain dengan agresif hingga pemain kami tidak dapat menyaingi taktikal digunakan.

"Pemain kami juga gagal mempamerkan keupayaan sebenar terutama ketika situasi satu lawan satu. Mental kami juga tidak kuat selepas ketinggalan dua gol pada babak pertama," katanya dalam sidang media selepas tamat perlawanan.

PKNP memenangi aksi pertama suku akhir menentang FELDA United ini menerusi jaringan hatrik kapten mereka, Muhd Shahrel Fikri Md Fauzi pada minit ke-11, 45 dan 67.

Tuan rumah memperoleh gol tunggal melalui Mohd Hadin Azman pada minit ke-76.

DINO Djublic (kanan) dihalang pemain PKNP FC, Ahmad Sukri Hamid pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Tun Abdul Razak. - Foto Muhd Asyraf Sawal
DINO Djublic (kanan) dihalang pemain PKNP FC, Ahmad Sukri Hamid pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Tun Abdul Razak. - Foto Muhd Asyraf Sawal

Mengulas lanjut, Sathianathan berkata, skuad The Fighters boleh melupakan terus peluang untuk mara ke pusingan separuh akhir jika mereka terus gagal memperbaiki prestasi permainan.

"Keputusan malam ini (malam tadi) sangat mengecewakan. Justeru, peluang untuk mara ke saingan separuh akhir juga dilihat sangat sukar. Saya pun tidak pasti kenapa semua pemain tidak menunjukkan prestasi yang bagus malam ini (malam tadi)," katanya.

Sementara itu, ketua jurulatih PKNP FC, Abu Bakar Fadzim memuji aksi anak buahnya pada perlawanan itu selepas semua percaturan taktikal dilakukan berjaya diterjemahkan pemainnya.

"Bukan mudah hendak mencatat kemenangan di laman lawan lebih-lebih lagi berhadapan dengan pasukan bagus seperti FELDA United. Pemain kami bermain dengan baik, semuanya serba menjadi malam ini.

'Man-to-man marking' juga berjaya menyekat mereka (FELDA United) daripada menguasai permainan. Kita ada 90 minit lagi di Ipoh minggu depan.

"Walaupun peluang kami dilihat sangat cerah (untuk ke saingan separuh akhir) saya harap pemain terus kekalkan prestasi seperti perlawanan malam ini dan lebih berhati-hati kerana saya percaya FELDA United akan tampil dengan aksi lebih bertenaga pada perlawanan (pusingan kedua) suku akhir itu nanti," katanya.

Berita Harian X