Ahad, 1 Oktober 2017 | 11:48pm
ADIL Rami (kiri) dan Laurent Koscielny. - Foto AFP
ADIL Rami (kiri) dan Laurent Koscielny. - Foto AFP

Rami ganti Koscielny perkuat skuad Perancis

PARIS: Pengendali Perancis, Didier Deschamps menyenaraikan pertahanan tengah Marseille, Adil Rami bagi menggantikan bintang Arsenal, Laurent Koscielny yang bakal tersisih dua perlawanan kelayakan Piala Dunia selepas ini.

Perlawanan selepas ini adalah menentang Bulgaria, pada Sabtu ini sebelum menerima kunjungan Belarus, tiga hari kemudian.

Perancis kini sedar yang mereka perlu enam lagi mata untuk memastikan slot ke pusingan akhir Piala Dunia tahun depan.

Koscielny tersisih selepas mengadu sakit di bahagian belakang kaki, sekali gus menyaksikan Perancis sudah kehilangan dua pertahanan selepas Benjamin Mendy.

Tonggak tengah Manchester United, Paul Pogba dan bintang Barcelona, Ousmane Dembala turut tidak berada dalam senarai kerana masalah kecederaan.

Perancis kini mendahului Kumpulan A dengan 18 mata, satu mata di depan Sweden manakala Belanda berada di tempat ketiga. AFP

Senarai Pemain:

Penjaga gol: Alphonse Areola (Paris SG), Hugo Lloris (Tottenham/ENG), Steve Mandanda (Marseille)

Pertahanan: Lucas Digne (Barcelona/ESP), Christophe Jallet (Nice), Presnel Kimpembe (Paris SG), Adil Rami (Marseille), Layvin Kurzawa (Paris SG), Djibril Sidibe (Monaco), Samuel Umtiti (Barcelona/ESP), Raphael Varane (Real Madrid/ESP)

Perancang: N'Golo Kante (Chelsea/ENG), Blaise Matuidi (Juventus/ITA), Adrien Rabiot (Paris SG), Moussa Sissoko (Tottenham/ENG), Corentin Tolisso (Bayern Munich/GER)

Penyerang: Kingsley Coman (Bayern Munich/GER), Olivier Giroud (Arsenal/ENG), Antoine Griezmann (Atletico Madrid/ESP), Alexandre Lacazette (Arsenal/ENG), Thomas Lemar (Monaco), Kylian Mbappe (Paris SG), Dimitri Payet (Marseille), Florian Thauvin (Marseille)

- AFP

Berita Harian X