Sabtu, 14 Oktober 2017 | 10:17pm
ROBERTO Firmino (tengah) dikasari pemain tengah Manchester United, Ander Herrera (kiri) dan Phil Jones pada saingan Liga Perdana Inggeris di Stadium Anfield, sebentar tadi. - Foto EPA-EFE
ROBERTO Firmino (tengah) dikasari pemain tengah Manchester United, Ander Herrera (kiri) dan Phil Jones pada saingan Liga Perdana Inggeris di Stadium Anfield, sebentar tadi. - Foto EPA-EFE

Reds, Red Devils buntu jaringan

LIVERPOOL: Manchester United memperlahankan rentak memburu kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini apabila sekadar seri 0-0 menentang Liverpool dalam aksi hambar di Anfield sebentar tadi.

Walaupun skuadnya setanding pendahulu liga Manchester City, pengendali United Jose Mourinho memilih untuk menampilkan corak permainan bertahan dan berhati-hati dengan hanya satu percubaan tepat ke arah gawang Liverpool dilakukan.

ALEX Oxlade-Chamberlain (kanan) cuba membolosi kawalan pemain pertahanan Manchester United, Matteo Darmian. - Foto Reuters
ALEX Oxlade-Chamberlain (kanan) cuba membolosi kawalan pemain pertahanan Manchester United, Matteo Darmian. - Foto Reuters

Liverpool kendalian Jurgen Klopp kini hanya menang sekali dalam lapan perlawanan, tetapi ia persembahan lebih baik dengan Joel Matip dan Emre Can hampir menjaringkan gol di setiap babak.

Keputusan seri tanpa jaringan kedua berturut-turut antara kedua-dua pasukan di Anfield mengekalkan kelebihan tujuh mata United ke atas Liverpool.

Keputusan itu turut menghalang United daripada mencatat rekod kutipan mata terbaik selepas lapan perlawanan Liga Perdana, walaupun kini mereka berjaya mengharungi tujuh perlawanan tanpa kalah berdepan seteru tradisi itu.

PENYERANG Liverpool dari Mesir, Mohamed Salah (kiri) dihalang oleh pertahanan Manchester United, Matteo Darmian pada saingan Liga Perdana Inggeris di Stadium Anfield, sebentar tadi. - Foto AFP
PENYERANG Liverpool dari Mesir, Mohamed Salah (kiri) dihalang oleh pertahanan Manchester United, Matteo Darmian pada saingan Liga Perdana Inggeris di Stadium Anfield, sebentar tadi. - Foto AFP

Ia bukanlah keraian yang diidamkan Klopp pada ulang tahun keduanya sebagai pengendali Liverpool dan dia kini hanya mencatat satu mata mengatasi pengendali sebelum ini, Brendan Rodgers yang dipecat ketika berada di kedudukan yang sama.

Seorang lagi bekas pengendali Liverpool, legenda Anfield Kenny Dalglish, turut hadir untuk pelancaran kawasan tempat duduk yang dinamakan sempena namanya.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X