Selasa, 17 Oktober 2017 | 8:44pm
AKSI pemain tengah Watford, Tom Cleverley (kiri) selepas meledak gol ketika menentang Arsenal pada saingan Liga Perdana Inggeris di Vicarage Road pada 14 Oktober lalu. - Foto REUTERS
AKSI pemain tengah Watford, Tom Cleverley (kiri) selepas meledak gol ketika menentang Arsenal pada saingan Liga Perdana Inggeris di Vicarage Road pada 14 Oktober lalu. - Foto REUTERS

Cleverley yakin Watford mampu atasi Chelsea

LONDON: Permulaan baik Watford dalam kempen Liga Perdana Inggeris musim ini melonjakkan keyakinan dan semangat mereka untuk menewaskan juara bertahan Chelsea Sabtu ini, kata pemain tengah Tom Cleverley.

Selepas menamatkan saingan musim lalu di tangga ke-17, Watford memulakan kempen baharu di bawah pengendali Marco Silva dengan empat kemenangan dan tiga seri sekali gus mengisi kelompok empat teratas liga.

Cleverley, yang menjaringkan gol kemenangan ke atas pesaing dalam kelompok teratas, Arsenal hujung minggu lalu, berkata pasukannya mampu meneruskan rentak cemerlang itu dengan memburu kemenangan di Stamford Bridge.

"Saya rasa kami sedang membina sesuatu di sini," kata Cleverley. "Kenapa tidak ke sana dan menewaskan Chelsea? Kami akan turun dengan penuh keyakinan."

Kapten Watford Troy Deeney, yang meledak gol pertamanya musim ini dengan jaringan ke atas Arsenal, kagum dengan kehadiran Cleverley yang membawa impak kepada pasukan musim ini.

"Tom adalah pemain terbaik kami," kata Deeney. "(Abdoulaye) Doucoure yang menjaringkan kebanyakan gol tetapi Tom berada di kelas berbeza. Saya gembira dia menjaringkan gol itu." - REUTERS

Berita Harian X