Ahad, 19 November 2017 | 1:27am
PEMAIN Manchester City, Kevin De Bruyne meraikan jaringan bersama rakan sepasukan selepas meledak gol kedua City ketika aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium King Power, sebentar tadi. - Foto REUTERS

City kekal rekod, Chelsea pintas United

LONDON: Pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City mengekalkan rekod tanpa kalah dalam 12 perlawanan musim ini apabila menewaskan Leicester City 2-0 di Stadium King Power, sebentar tadi.

Gabriel Jesus meletakkan City di hadapan sejurus sebelum rehat selepas menerima hantaran David Silva sebelum Kevin De Bruyne memastikan kemenangan dengan melepaskan rembatan deras empat minit selepas babak kedua bersambung.

City kini menghimpun 34 mata selepas melakar 11 kemenangan dan satu keputusan seri.

PEMAIN Leicester City, Demarai Gray (tengah) cuba melepasi pemain Manchester City, Kevin de Bruyne di Stadium King Power, sebentar tadi. - Foto REUTERS

PEMAIN Chelsea, Marcos Alonso menjaringkan gol cantik untuk jaringan ketiga The Blues pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium The Hawthorns, sebentar tadi. - Foto REUTERS

EDEN Hazard (dua dari kiri) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan ketika membelasah West Brom 4-0 di Stadium The Hawthorns, sebentar tadi. - Foto AFP

PEMAIN Liverpool, Mohamed Salah menjadi wira The Reds selepas meledak dua gol ketika menewaskan Southampton 3-0, sebentar tadi. - Foto REUTERS

Sementara itu, Chelsea turut menambah tiga mata berharga dengan membenam West Brom 4-0 di laman lawan sekali gus memintas kedudukan Manchester United dan Tottenham Hotspur di tangga kedua serta ketiga.

Alvaro Morata membuka tirai jaringan The Blues pada minit ke-17 sebelum Eden Hazard meledak gol kedua pada minit ke-23.

Marcos Alonso kemudian menjaringkan gol ketiga pada minit ke-38 sebelum Hazard melengkapkan kemenangan bergaya pelawat dengan gol keempat pada minit ke-62.

Bagaimanapun, The Red Devils mampu merampas semula kedudukan kedua sekiranya menewaskan Newcastle United dalam aksi awal pagi ini.

Liverpool pula meraih kemenangan kedua berturut-turut apabila menewaskan Southampton 3-0.

Beraksi di Anfield, Mohamed Salah meledak dua gol pada minit ke-31 dan 41 sebelum Philippe Coutinho meledak gol ketiga pada minit ke-68.

Terdahulu, Arsenal memenangi pertembungan tetangga Utara London dengan menewaskan Tottenham Hotspur 2-0. - AFP

Berita Harian X