Khamis, 23 November 2017 | 5:37am
PEMAIN tengah Chelsea, Cesc Fabregas meledak gol ketiga menerusi sepakan penalti ketika bertemu Qarabag di Stadium Baku Olympic, Azerbaijan, sebentar tadi. - Foto REUTERS

Chelsea mara ke saingan 16 terakhir

BAKU: Chelsea mara ke kelompok 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara selepas menang 4-0 mengatasi Qarabag yang bermain 10 orang apabila dihadiahkan penalti kontroversi pada babak pertama dan pemain dibuang padang dekat Baku awal pagi tadi.

Pertemuan itu berpihak kepada juara England itu pada pertengahan babak pertama apabila kapten Qarabag, Rashad Sadygov dibuang padang kerana menarik Willian dalam kotak penalti, membolehkan Eden Hazard menyempurnakan penalti.

Selepas dipaksa bermain bermain 10 orang untuk 69 minit seterusnya, juara Azerbaijan yang memulakan permainan dengan baik di Stadium Olimpik Baku, nyata bukan tandingan dengan tambahan dua gol menerusi Willian sebelum penalti Cesc Fabregas menyempurnakan kemenangan pasukannya. - REUTERS

PEMAIN pertahanan Qarabag, Donald Guerrier (kiri) mengekang pemain tengah Chelsea, Eden Hazard pada saingan Liga Juara-Juara di Stadium Baku Olympic, Azerbaijan, sebentar tadi. - Foto AFP

PEMAIN Qarabag, Rashad Sadygov dilayangkan kad merah oelh pengadil Manuel De Sousa pada saingan Liga Juara-Juara di Stadium Baku Olympic, Azerbaijan, sebentar tadi. - Foto REUTERS

PEMAIN Chelsea, Willian (kanan) meraikan gol jaringannya bersama Eden Hazard pada saingan Liga Juara-Juara di Stadium Baku Olympic, Azerbaijan, sebentar tadi. - Foto REUTERS

PEMAIN tengah Chelsea, N'Golo Kante (atas) diasak keras oleh pemain Qarabag Donald Guerrier pada saingan Liga Juara-Juara di Stadium Baku Olympic, Azerbaijan, sebentar tadi. - Foto AFP

Berita Harian X