Khamis, 23 November 2017 | 7:13am
PEMAIN pertahanan PSG, Dani Alves meraikan gol jaringannya bersama penyerang, Neymar (tengah) dan Layvin Kurzawa (kanan) pada saingan Kumpulan B Liga Juara-Juara di Stadium Parc des Princes, sebentar tadi. - Foto EPA-EFE

Celtic diaibkan PSG 7-1

PARIS: Neymar meledak dua gol untuk membantu Paris Saint Germain meneruskan rentak cemerlang dalam aksi Liga Juara-Juara dengan membelasah Celtic 7-1 pada aksi di laman sendiri, sebentar tadi.

Selain bintang Brazil itu, Edinson Cavani turut menjaringkan dua gol sementara Kylian Mbappe, Marco Verratti serta Dani Alves tidak ketinggalan mencetak nama selaku penjaring ketika jaringan awal Moussa Dembele nyata tidak membawa apa-apa makna kepada Celtic.

Kemenangan itu membolehkan PSG mengutip 15 mata daripada lima perlawanan setakat ini untuk mendahului Bayern Munich di tangga kedua dengan 12 mata namun dua pasukan itu akan bertembung pada aksi terakhir untuk merebut gelaran juara Kumpulan B. - REUTERS

PENYERANG PSG, Neymar dikekang pemain Celtic, Nir Bitton pada saingan Kumpulan B Liga Juara-Juara di Stadium Parc des Princes, sebentar tadi. - Foto EPA-EFE

EDINSON Cavani (kanan) dipeluk Neymar selepas menjaringkan gol ketika menentang Celtic pada saingan Kumpulan B Liga Juara-Juara di Stadium Parc des Princes, sebentar tadi. - Foto EPA-EFE

PENJAGA gawang Celtic, Craig Gordon jelas kecewa selepas gagal menafikan gol keempat ledakan pemain PSG pada saingan Kumpulan B Liga Juara-Juara di Stadium Parc des Princes, sebentar tadi. - Foto EPA-EFE

PEMAIN Celtic meraikan gol ledakan Moussa Dembele (tengah) ketika menentang PSG di Stadium Parc des Princes, sebentar tadi. - Foto EPA-EFE

Berita Harian X