Khamis, 23 November 2017 | 8:54am
PEMAIN tengah Chelsea dari Belgium, Eden Hazard (kanan) dikekang kapten Qarabag, Rashad Sadygov pada saingan Liga Juara-Juara di Qarabag, sebentar tadi. - Foto REUTERS
PEMAIN tengah Chelsea dari Belgium, Eden Hazard (kanan) dikekang kapten Qarabag, Rashad Sadygov pada saingan Liga Juara-Juara di Qarabag, sebentar tadi. - Foto REUTERS

Hazard, Willian bantu Chelsea belasah Qarabag

BAKU: Chelsea mengesahkan tempat ke kelompok 16 terbaik Liga Juara-Juara dengan Eden Hazard serta Willian menjadi tunjang membenam Qarabag 4-0 yang beraksi dengan 10 pemain, awal pagi tadi.

Anak buah Antonio Conte itu berjaya mara ke pusingan seterusnya ketika aksi peringkat kumpulan masih berbaki satu perlawanan dan menyingkirkan kelab Azerbaijan itu daripada saingan terbabit.

Mereka akan bertemu Atletico Madrid pada aksi terakhir dan The Blues memerlukan kemenangan untuk menamatkan saingan selaku juara Kumpulan C.

Hazard membuka jaringan menerusi sepakan penalti apabila Rashad Sadygov melakukan kekasaran ke atas Willian serta turut dilayangkan kad merah.

PEMAIN tengah Chelsea dari Brazil, Willian (kanan) merembat masuk gol keempat ketika menentang Qarabag di Baku, sebentar tadi. - Foto AFP
PEMAIN tengah Chelsea dari Brazil, Willian (kanan) merembat masuk gol keempat ketika menentang Qarabag di Baku, sebentar tadi. - Foto AFP

Willian melebarkan jurang selepas menerima hantaran Hazard sembilan minit sebelum tamat babak pertama dan Cesc Fabregas turut menjaringkan gol menerusi sepakan penalti pada minit ke-73 dan Willian menambah gol kedua peribadinya pada lewat permainan.

Juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu dikritik hebat selepas kekalahan memalukan di tangan Roma pada aksi Liga Juara-Juara sebelum ini namun mereka kini sudah memenangi tiga perlawanan berturut-turut dalam semua pertandingan.

"Kami beraksi dengan baik tetapi kami seharusnya boleh menjaringkan lebih banyak gol. Senang untuk beraksi dengan pemain yang bagus," kata Hazard.

"Kami akan mengharungi aksi penting bertemu Liverpool Sabtu ini, jadi lebih baik untuk kami mendapat rehat yang cukup. Apapun, kami sudah bersedia untuk aksi itu." - AFP

GELAGAT penyokong Qarabag ketika menyaksikan perlawanan menentang Chlesea pada saingan Liga Juara-Juara di Baku, sebentar tadi. - Foto AFP
GELAGAT penyokong Qarabag ketika menyaksikan perlawanan menentang Chlesea pada saingan Liga Juara-Juara di Baku, sebentar tadi. - Foto AFP

GAYA pemain tengah Chelsea, Cesc Fabregas (tengah) selepas meledak gol menerusi sepakan penalti pada saingan Liga Juara-Juara di Baku, sebentar tadi. - Foto AFP
GAYA pemain tengah Chelsea, Cesc Fabregas (tengah) selepas meledak gol menerusi sepakan penalti pada saingan Liga Juara-Juara di Baku, sebentar tadi. - Foto AFP

PENYERANG Chelsea, Alvaro Morata (kanan) hampir menjaringkan gol ketika menentang Qarabag pada saingan Liga Juara-Juara di Baku, sebentar tadi. - Foto REUTERS
PENYERANG Chelsea, Alvaro Morata (kanan) hampir menjaringkan gol ketika menentang Qarabag pada saingan Liga Juara-Juara di Baku, sebentar tadi. - Foto REUTERS

Berita Harian X