Rabu, 29 November 2017 | 7:26am
PENYERANG Leicester, Jamie Vardy menjaringkan gol ke-100 dalam saingan liga ketika bertemu Spurs, sebentar tadi. - Foto Reuters
PENYERANG Leicester, Jamie Vardy menjaringkan gol ke-100 dalam saingan liga ketika bertemu Spurs, sebentar tadi. - Foto Reuters
PEMAIN Spurs, Dele Alli (tengah) dihalang dua pemain Leicester, sebentar tadi. - Foto AFP
PEMAIN Spurs, Dele Alli (tengah) dihalang dua pemain Leicester, sebentar tadi. - Foto AFP

Leicester lunas dendam lama

LEICESTER: Aksi hambar Tottenham Hotspur berterusan apabila tewas 1-2 di tangan Leicester City dalam saingan Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi.

Jamie Vardy dan Riyad Mahrez muncul wira Leicester apabila masing-masing meledak satu gol bagi menebus kekecewaan tewas di tangan kelab London itu musim lalu di Stadium King Power.

Tewas 1-6 di tangan skuad kendalian Mauricio Pochettino pada Mei lalu, Leicester mempamerkan aksi menakjubkan bagi mengatasi Spurs yang tewas kali ketiga dalam lima perlawanan liga.

JARINGAN kedua Leicester daripada Riyad Mahrez menewaskan penjaga gol Spurs, Hugo Lloris. - Foto Reuters
JARINGAN kedua Leicester daripada Riyad Mahrez menewaskan penjaga gol Spurs, Hugo Lloris. - Foto Reuters

Vardy meletakkan tuan rumah di depan pada minit ke-13 menerusi percubaan volinya sekali gus menewaskan penjaga gol Spurs, Hugo Lloris. Ia adalah gol ke-100 Vardy dalam saingan liga.

Leicester semakin selesa di depan apabila Mahrez meledak gol kedua pada lewat babak pertama perlawanan.

JAMIE Vardy (kanan) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan ketika Leicester menewaskan Spurs pada aksi liga di Stadium King Power. - Foto AFP
JAMIE Vardy (kanan) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan ketika Leicester menewaskan Spurs pada aksi liga di Stadium King Power. - Foto AFP

Bersambung babak kedua, Spurs cuba bangkit selepas ketinggalan tetapi dua peluang terhidang masing-masing menerusi Moussa Sissoko dan Dele Alli gagal disudahkan.

Spurs meraih gol tunggal mereka menerusi Harry Kane pada minit ke-79 hasil gerakan yang dimulakan oleh penyerang Argentina, Erik Lamela yang membuat penampilan pertama selepas diketepikan selama 13 bulan susulan kecederaan. - Reuters

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X