Jumaat, 8 Disember 2017 | 10:42am
PEMAIN Real Madrid, Dani Carvajal (dua dari kiri) mengekang pemain APOEL Nicosia pada saingan Liga Juara-Juara di Stadium GSP pada 21 November lalu. - Foto Reuters
PEMAIN Real Madrid, Dani Carvajal (dua dari kiri) mengekang pemain APOEL Nicosia pada saingan Liga Juara-Juara di Stadium GSP pada 21 November lalu. - Foto Reuters

Carvajal digantung UEFA kerana 'sengaja mengundang kad'

MADRID: Tonggak pertahanan Real Madrid, Dani Carvajal akan terlepas aksi pusingan kedua Liga Juara-Juara apabila digantung dua perlawanan oleh Badan Kawalan, Etika dan Tatatertib UEFA (CEDB) selepas sengaja mengundang layangan kad kuning ketika aksi peringkat kumpulan.

Hasil siasatan CEDB, Carvajal didapati sengaja melengah-lengahkan aksi di hujung perlawanan ketika Real membelasah APOEL Nicosia 6-0 pada 21 November lalu yang menyaksikan dia dilayangkan kad kuning pada minit ke-90.

Meskipun dia tidak diturunkan pada aksi terakhir Kumpulan H yang menyaksikan anak buah Zinedine Zidane menang 3-2 ke atas Borussia Dortmund awal pagi kelmarin, penggantungan Carvajal hanya akan dikira ketika aksi di peringkat 16 terbaik sahaja.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan UEFA, pemain kebangsaan Sepanyol itu jelas melanggar Peraturan Tatatertib Perkara 15.

:CEDB memutuskan menggantung pemain Real Madrid, Dani Carvajal untuk dua aksi Liga Juara-Juara selepas ini," menurut kenyataan itu.

"Memandangkan Carvajal tidak bersama pasukan ketika perlawanan antara Real Madrid menentang Borussia Dortmund kelmarin, pemain itu masih harus menjalani penggantungan satu perlawanan sebelum boleh beraksi semula bersama kelabnya." - Reuters

Berita Harian X