Isnin, 11 Disember 2017 | 2:06am
PENGURUS Liverpool, Jurgen Klopp (dua dari kanan) tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil perlawanan, Craig Pawson yang memberikan sepakan penalti kepada Everton pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Anfield, sebentar tadi. - Foto REUTERS

Klopp berang keputusan pengadil beri penalti

LIVERPOOL: Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp menyelar pengadil Craig Pawson kerana keputusan penalti kontroversi yang membolehkan Everton menyamakan kedudukan untuk seri 1-1 dalam saingan tetangga Merseyside hari ini.

Klopp berang apabila Pawson memberikan penalti pada minit ke-77 apabila Dejan Lovren menolak Dominic Calvert-Lewin.

Wayne Rooney menyempurnakan penalti untuk jaringan pertamanya dalam pertembungan tetangga Merseyside dan menyamakan kedudukan selepas jaringan awal Mohamed Salah pada babak pertama.

"Saya tak faham kenapa pengadil melakukannya. Lovren tidak membuat cabaran itu. Calvert-Lewin membuat larian. Tangannya di belakang," kata Klopp.

"Jika anda merasakan ia adalah penalti, anda boleh mengatakannya. Adakah pendapat saya boleh mengubahnya?

"Saya hanya mahu bercakap dengan orang yang memiliki sedikit kefahaman mengenai bola sepak.

"Saya minta maaf, saya silap dan anda betul. Jelas saya tidak berada dalam situasi yang mahu menjawab soalan." - AFP

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X