Sabtu, 20 Januari 2018 | 11:36pm
PEMAIN Chelsea, Eden Hazard (kiri) diasak pemain Brighton and Hove Albion FC, Dale Steohens pada saingan Liga Perdana Inggeris di Brighton, sebentar tadi. - Foto EPA-EFE

Hazard ledak gol liga ke-100

BRIGHTON: Eden Hazard menjaringkan gol liga ke-100 selepas meledak pada minit ketiga untuk membantu Chelsea menewaskan Brighton 4-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris, sebentar tadi.

Bintang Belgium yang berusia 27 tahun itu hilang sentuhan golnya selepas permulaan musim ini - mencetak gol selepas pemain Brighton, Dale Stephens gagal mengeluarkan bola hantaran silang Victor Moses.


EDEN Hazard meraikan gol jaringannya ketika menentang Brighton and Hove Albion FC pada saingan Liga Perdana Inggeris di Brighton, sebentar tadi. - Foto EPA-EFE

Ia adalah jaringan ke-64 Hazard bersama Chelsea sejak menyertai kelab itu pada 2012 selepas meledak 36 gol untuk Lille dalam Liga Perancis.

"Ia tugas saya (menjaringkan gol), sebab itu saya suka bermain bola sepak," kata Hazard.

Lebih manis, hasrat seorang penyokong yang memegang sekeping kertas tertulis 'Hazard 10, boleh saya dapatkan baju anda' menjadi kenyataan apabila bintang Belgium itu menyerahkan bajunya selepas tamat permainan.

Pada aksi sebentar tadi, Willian menambah gol kedua Chelsea pada minit keenam sebelum Hazard sekali lagi mencipta nama sebagai penjaring pada minit ke-77.

Kemenangan bergaya Chelsea dilengkapkan dengan jaringan Victor Moses, seminit sebelum tamat permainan. - AFP

Berita Harian X