Rabu, 24 Januari 2018 | 10:28pm
MENTERI Besar yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) Datuk Seri Mohamad Hasan (tiga, kiri) menyerahkan dokumen Ikrar Bebas Rasuah kepada Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Azam Baki (tiga, kanan) pada Majlis Ikrar Bebas Rasuah PBNS bersama SPRM hari ini. - Foto BERNAMA

Jangan gadai karier

SEREMBAN: Hukuman lebih keras menanti pegawai dan pemain skuad bola sepak Liga Super, Piala Presiden dan Piala Belia Negeri Sembilan jika didapati terbabit dalam gejala rasuah.

Menteri Besar merangkap Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS), Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pegawai dan pemain pasukan itu perlu menjauhkan diri daripada terjebak dalam kegiatan mengatur perlawanan.

Katanya, mereka perlu mengamalkan integriti yang tinggi dengan mengutamakan kepentingan karier masing-masing selain maruah pasukan, keluarga, rakan-rakan dan negeri itu.

PENOLONG Kapten Pasukan Liga Super 2018 Negeri Sembilan, Fauzan Zulkifli (kanan) melafazkan ikrar bebas rasuah Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan di hadapan Menteri Besaar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Azam Baki pada Majlis Ikrar Bebas Rasuah Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan bersama SPRM di Kelana Resort, Seremban hari ini. - Foto BERNAMA

"Pegawai dan pemain pasukan Negeri Sembilan perlu memastikan martabat dan harga diri masing-masing sentiasa dipelihara dengan mengamalkan integriti tinggi dengan menjauhkan diri daripada terbabit dalam kegiatan mengatur keputusan perlawanan.

"Jangan sesekali menggadai karier dan masa depan dengan membabitkan diri dalam gejala rasuah dan jika ada didapati terbabit gejala itu, tindakan keras akan diambil.

"Pemain perlu tunjukkan semangat kesukanan tinggi dan jangan hampakan penyokong yang sentiasa berada di belakang anda semua. Kalah atau menang dalam sesuatu perlawanan itu adalah adat permainan, tetapi kalau terbabit dalam mengatur keputusan perlawanan, ia tidak boleh diterima," katanya berucap pada Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) PBNS, di Klana Resort, petang tadi.

"Saya nak bina kembali imej pasukan Negeri Sembilan mulai musim ini selepas empat tahun beraksi dalam Liga Perdana," katanya.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X