Isnin, 19 Februari 2018 | 3:15pm
STEINEBRUNNER (tengah) ketika sesi latihan bersama pasukannya di Padang Padang PBNS di Medan Rahang, Seremban. FOTO/ADZLAN SIDEK

Steinebrunner harap Jang tak lembik lagi

SEREMBAN: Ketua jurulatih Negeri Sembilan, Jorg Steinebrunner menuntut anak buahnya memperagakan aksi lebih agresif apabila turun melayan kunjungan Terengganu FC (TFC) di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi Jumaat ini.

Menurutnya, skuad Hobin Jang Hobin seharusnya memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri itu untuk bangkit daripada kekalahan kepada Melaka sekali gus mengutip tiga mata.

"Saya sedang buat persiapan seperti biasa dan akan mengambil langkah-langkah tertentu bagi menghadapi Terengganu. Saya akan lihat prestasi semasa pemain sebelum mereka diberikan tugas mengalas cabaran pasukan pada pertembungan itu nanti.

"Kami berharap ia akan berjalan dengan lancar dalam misi untuk mendapatkan mata. Kelebihan beraksi di laman dan hadapan penyokong sendiri seharusnya mampu menghadirkan semangat luar biasa pada pemain," tegas Steinebrunner.

Selepas tiga perlawanan, Negeri Sembilan kini menghuni tangga kesembilan carta Liga Super dengan tiga mata manakala TFC di tangga kelima dengan lima mata.

Berita Harian X