Sabtu, 19 Mei 2018 | 3:05pm
POK nik.

Pok Nik sah sertai PKNS FC

Oleh Hasbullah Ibrahim

[email protected]

Foto Files

KOTA BHARU: Pemain pertahanan kanan pasukan, Nik Shahrul Abdul Halim atau lebih dikenali Pok Nik sah dilepaskan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) ke PKNS FC pada jendela perpindahan kedua Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

Presiden KAFA, Bibi Ramjani Ilias Khan berkata, pemain berusia 28 tahun itu dilepaskan secara persetujuan bersama dan akan beraksi dengan PKNS FC dalam saingan Liga Super selepas ini.

"Pengesahan ini menamatkan spekulasi selepas timbul desas-desus mengenai pemain berusia 28 tahun itu bakal meninggalkan Kelantan yang diwakilinya sejak 2011.

"Ya, Nik Shahrul Azim sudah menandatangani kontrak untuk beraksi bersama PKNS FC dan KAFA mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau yang bakal beraksi dengan pasukan baharu ," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, badan induk itu mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan PKNS FC yang bersetuju dengan syarat dimohon KAFA untuk mendapatkan khidmat Pok Nik.

"Antaranya menyelesaikan tunggakan cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Pok Nik sejak 2014, sekurang - kurangnya dapat membantu beliau kembali fokus dengan pasukan baharu selepas ini."

Ditanya sama ada keputusan itu mungkin memberi sedikit tekanan kepada The Red Warriors (TRW) dalam Liga Super, Bibi Ramjani berkata, pihaknya bersedia dengan apa sahaja kemungkinan demi memastikan pasukan itu terus bersaing.

"Kita berharap pemain import yang bakal dipilih Fajer menggantikan Pok Nik dapat beraksi dengan lebih cemerlang untuk mengembalikan semula kekuatan," katanya.

Berita Harian X