Selasa, 14 Ogos 2018 | 9:12am
PRESNEL Kimpembe. - Foto AFP

PSG lanjut kontrak Kimpembe sehingga 2023

PARIS: Pertahanan Paris Saint-Germain, Presnel Kimpembe yang juga skuad Perancis yang menjuarai Piala Dunia menandatangani kontrak lanjutan dua tahun hari ini, seterusnya mengekalkannya di kelab itu sehingga 2023.

“Saya  amat bernasib baik kerana dapat menyarung jersi kelab dan lanjutan kontrak ini adalah bukti komitmen dan sanjungan saya terhadap Paris Saint-Germain," kata Kimpembe menerusi kenyataan kelabnya.

Bek kiri berusia 23 tahun itu membuat 76 penampilan bersama PSG, di mana dia berdepan saingan dua pemain Brazil Thiago Silva dan Marquinhos untuk merebut posisi dalam pasukan.

Dia bagaimanapun masih belum beraksi susulan cuti selepas Piala Dunia namun turut disertai rakan senegara Kylian Mbappe dan Alphonse Areola di Parc des Princes  kelmarin ketika mereka berarak dengan trofi itu di depan penyokong sebelum menang 3-0 ke atas Caen.

“Seorang pemain muda, seperti juga pemain yang lebih berpengalaman memerlukan segala-galanya untuk berjaya di Paris Saint-Germain. Terpulang kepada kami, pemain, untuk memberikan yang terbaik untuk membawa kelab kami sejauh mungkin,” kata Kimpembe.

Lanjutan kontraknya berlaku sehari selepas Schalke mengumumkan bahawa pertahanan skuad Bawah-21 Jerman Thilo Kehrer menyertai juara Perancis itu dengan yuran dianggarkan 37 juta euro (RM172.8 juta). – AFP

Berita Harian X