Khamis, 13 September 2018 | 10:01pm
Brighton & Hove Albion's Yves Bissouma battles with Liverpool's Naby Keita during the Premier League match at Anfield Stadium, Liverpool. Picture date 25th August 2018. Picture credit should read: Matt McNulty/Sportimage via PA Images
Brighton & Hove Albion's Yves Bissouma battles with Liverpool's Naby Keita during the Premier League match at Anfield Stadium, Liverpool. Picture date 25th August 2018. Picture credit should read: Matt McNulty/Sportimage via PA Images

Ramalan minggu ke-5 EPL

TIADA siapa berani menidakkan kekuatan Liverpool dan Chelsea menghuni dua tangga teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) setakat ini, tetapi apa yang diharungi Watford boleh disifatkan ‘menakjubkan.’

Tanpa pemain berstatus bintang ternama, perjalanan mereka - sekalipun masih awal selepas empat perlawanan - boleh dianggap mengagumkan persis Leicester City pada musim 2015/16.

Justeru, pertemuan pasukan yang sudah mencatat empat kemenangan berturut-turut dan mengisi tangga teratas liga bersama The Reds dan The Blues dengan satu lagi calon kejuaraan, Manchester United, Ahad ini sebagai antara paling dinantikan.

Sebelum mengalahkan Tottenham 2-1 menjelang rehat antarabangsa, ramai memperlekeh kemenangan Watford itu tetapi jelas skuad penuh disiplin kendalian Javi Gracia - yang memenangi anugerah jurulatih bulanan terbaik bulan lalu - berkualiti tinggi.

Ditambah dengan masalah yang menimpa United yang dibimbing Jose Mourinho ketika ini, tidak mustahil satu lagi kejutan mungkin tercipta tatkala rehat perlawanan antarabangsa juga boleh dianggap sebagai ‘rahmat’ buat Watford tatkala ramai pemain Red Devils menjadi tonggak skuad kebangsaan masing-masing.

Sebagai rekod, Garcia jelas memiliki regim disiplin yang ketat, malah kaptennya, Troy Deeney mendedahkan pemain didenda 100 pound (RM542) seminit jika mereka tiba lewat di pusat latihan.

Berdasarkan rekod 10 pertembungan terakhir di EPL, kelebihan jelas berpihak United yang menang sembilan pertemuan termasuk ketika menewaskan Watford 4-2 di Vicarage Road musim lalu tetapi kehadiran pemain Barcelona, Gerard Deulofeu jelas tambahan hebat buat The Hornets.

Buat United, kemenangan 2-0 ke atas Burnley sebelum rehat boleh dianggap melegakan tetapi jika satu lagi kekalahan diraih, ia boleh menjadi ‘bencana’ bukan saja dalam pemburuan kejuaraan, malah buat Mourinho.

Satu lagi pertembungan tumpuan pastinya membabitkan pendahulu liga Liverpool bertemu Tottenham di Wembley, Sabtu ini yang pastinya menghadirkan aksi menghiburkan serta berkualiti.

Apa yang pasti, Liverpool mempunyai dendam yang ingin dilunaskan terhadap Tottenham selepas tewas 1-4 musim lalu dan sekalipun kedua-duanya memiliki deretan bintang, skuad kendalian Jurgen Klopp boleh dianggap lebih baik.

Selain Liverpool dan Watford, Chelsea turut mencatat kemenangan penuh dan mereka mungkin boleh dianggap ‘bertuah’ apabila menanti kunjungan Cardiff City di gelanggang sendiri, Sabtu ini.

Sementara itu, penyandang juara, Manchester City dan Arsenal dijangka dapat meneruskan momentum kemenangan sebelum rehat dengan kedua-duanya bertemu Fulham dan Newcastle.

Ramalan 

Tottenham 1 Liverpool 2

Bournemouth 2 Leicester City 1

Chelsea 3 Cardiff City 1

Huddersfield 1 Crystal Palace 1

Manchester City 2 Fulham 0

Newcastle 2 Arsenal 3

Watford 2 Manchester United 1

Wolverhampton 2 Burnley 2

Everton 0 West Ham 0

 

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X