Khamis, 22 November 2018 | 7:37am
Kombinasi gambar menunjukkan penyerang Brazil Neymar (kiri) meninggalkan padang selepas cedera di Milton dan penyerang Perancis Kylian Mbappe memegang bahunya selepas tercedera di Saint -Denis. - Foto AFP
Kombinasi gambar menunjukkan penyerang Brazil Neymar (kiri) meninggalkan padang selepas cedera di Milton dan penyerang Perancis Kylian Mbappe memegang bahunya selepas tercedera di Saint -Denis. - Foto AFP

PSG risau lawan Liverpool tanpa Neymar, Mbappe

 

PARIS: Penyerang Paris Saint-Germain (PSG), Neymar dan Kylian Mbappe kesuntukan masa untuk pulih tepat pada masanya bagi pertembungan Liga Juara-Juara dengan Liverpool, kata kelab Perancis itu, awal pagi tadi.

PSG berkata, ujian imbasan menunjukkan Neymar mengalami masalah kecederaan pada bahagian pangkal paha ketika Brazil mengatasi Cameroon 1-0, semalam.

Dan Mbappe pula dihimpit kecederaan bahu selepas terjatuh dalam kemenangan 1-0 Perancis ke atas Uruguay di Stade de France.

“Tempoh rawatan selama 48 jam akan dilakukan untuk menilai keadaan semasa mereka," kata PSG.

Kedua-dua pemain dijangka akan terlepas aksi Ligue 1 berdepan Toulouse, Sabtu ini, di kala aksi Liga Juara-Juara awal pagi Khamis depan di Parc des Princes lebih menjadi keutamaan mereka.

Kesemua empat pasukan Kumpulan C masih berpeluang melayakkan diri dengan Liverpool menghimpun sama mata dengan peneraju Napoli manakala PSG di kedudukan ketiga, satu mata di belakang kedua-dua pasukan itu dan satu mata di depan Red Star Belgrade. 

Bagaimanapun, Neymar mengurangkan kebimbangan terhadap kecederaan dialaminya apabila berkata dalam Instagram ‘ia tidak begitu serius’. – AFP

Berita Harian X