Khamis, 29 November 2018 | 6:04pm
N’GOLO Kante
N’GOLO Kante

Kante tidak akan kembali ke posisi asal

LONDON: Pemain tengah Chelsea N’Golo Kante tidak akan kembali bermain di posisi kegemarannya di bahagian tengah kerana ia lebih sesuai untuk pemain teknikal seperti Jorginho dan Cesc Fabregas, kata pengendalinya Maurizio Sarri.

Kante muncul pemain tengah bertahan terbaik dalam beberapa musim kebelakangan, memenangi dua kejuaraan Liga Perdana berturut-turut bersama Leicester City dan Chelsea selain membantu Perancis memenangi Piala Dunia, tetapi Sarri berkata dia perlu menyesuaikan diri dengan peranan lebih besar.

“Saya mahu meletakkan pemain lebih teknikal seperti Jorginho atau Fabregas sebagai perancang tengah. Saya tidak mahu Kante di posisi ini,” kata Sarri.

Chelsea kini di tangga keempat liga selepas kekalahan 3-1 kepada Tottenham Hotspur yang pertama musim ini di mana Kante dan Jorginho bergelut untuk mempengaruhi permainan.

“Kante dalam perlawanan terakhir, mahu menguasai permainan selepas 15 minit pertama, tetapi dengan cara salah. Dia hilang posisi, terlalu banyak menyerang.

“Ini bukan salah satu perwatakan terbaik Kante, tetapi hanya reaksi kepada situasi sukar. Mungkin memerlukan masa, tetapi Kante perlu berada dekat dengan Jorginho, terutama ketika bola di kawasan lawan,” katanya. – REUTERS

 

Berita Harian X