Ahad, 16 Disember 2018 | 10:27am
LUKA Milivojevic meraikan jaringan gol bersama rakan sepasukan ketika Crystal Palace menentang Leicester City dalam saingan Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi. - Foto Reuters
LUKA Milivojevic meraikan jaringan gol bersama rakan sepasukan ketika Crystal Palace menentang Leicester City dalam saingan Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi. - Foto Reuters

Palace tetap gah tanpa Zaha

LONDON: Roy Hodgson tampak lega apabila Crystal Palace akhirnya meraih kemenangan ke atas Leicester City tanpa khidmat ayam tambatan mereka, Wilfried Zaha dalam saingan Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi.

The Eagles tewas dalam 13 perlawanan setiap kali tanpa kehadiran pemain sayap Ivory Coast itu, namun akhirnya menang dalam pertembungan liga, hasil jaringan Luka Milivojevic.

Zaha terlepas aksi di Selhusrt Park itu kerana hukuman penggantungan perlawanan.

Tanpa kehadirannya, Palace dilihat bergelut sehingga mencetuskan kerisauan Hodgson sebelum meraih tiga mata berharga yang membolehkannya 'tidur lena'.

"Ia sudah tentunya bagus untuk dibawa ke dalam tidur (mimpi)," kata Hodgson pada sidang media selepas perlawanan.

"Ia kekal menjadi fakta. Kami sudah melakukan lebih daripada secukupnya untuk memenangi perlawanan tanpa kehadirannya (Zaha).

"Tetapi, kadang kala segala persembahan hebat kami tetap berakhir dengan kekalahan."

Zaha dijangka kembali apabila Palace melayan kunjungan Manchester City, Sabtu depan. - Agensi

 

Berita Harian X