Ahad, 23 Disember 2018 | 1:09am
REAKSI pemain tengah Crystal Palace, Andros Townsend (kanan) melepas meledak gol kedua ketika menentang Man City di Stadium Etihad, sebentar tadi. - Foto AFP
REAKSI pemain tengah Crystal Palace, Andros Townsend (kanan) melepas meledak gol kedua ketika menentang Man City di Stadium Etihad, sebentar tadi. - Foto AFP

Palace kejut Man City

MANCHESTER: Manchester City dikejutkan dengan kekalahan 3-2 di tangan Crystal Palace sebentar tadi, kekalahan kedua penyandang juara itu Liga Perdana Inggeris itu dalam kempen mempertahankan kejuaraan musim ini.

Kekalahan itu turut memberi ruang buat Liverpool untuk mempertahankan jurang empat mata di persada liga selepas skuad kendalian Jurgen Klopp itu menewaskan Wolves 2-0 kelmarin.

City kendalian Pep Guardiola membuka jaringan di babak pertama menerusi Ilkay Gundogan tetapi anak buah Roy Hodgson bangkit mendahului permainan menerusi Jeffrey Schlupp, Andros Townsend dan penalti Luka Milivojevic.

Kevin De Bruyne merapatkan jurang pada minit ke-85 tetapi tidak mencukupi untuk mencetus kebangkitan City. – AFP 

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X