Khamis, 31 Januari 2019 | 12:03am
Pemain bertafakur bagi mengenang Emiliano Sala sebelum sepak mula perlawanan diantara Cardiff City dan Arsenal di Emirates, awal pagi tadi. - Foto Reuters
Pemain bertafakur bagi mengenang Emiliano Sala sebelum sepak mula perlawanan diantara Cardiff City dan Arsenal di Emirates, awal pagi tadi. - Foto Reuters

Pemain Cardiff cuak naik pesawat

LONDON: Kehilangan pesawat yang membawa penyerang Emiliano Sala menyebabkan beberapa pemain Cardiff bimbang untuk menaiki pesawat, menurut kapten kelab Sol Bamba.

Sala tidak sempat turun beraksi buat Bluebirds kerana pesawat ringan yang membawa pemain Argentina dan juruterbang David Ibbotson terputus hubungan ketika dalam perjalanan ke ibu negara Wales pada 21 Januari lalu, hanya dua hari selepas melengkapkan rekod perpindahan kelab £15 juta (RM80 juta) dari Nantes.

Cardiff kembali beraksi buat kali pertama sejak kehilangan Sala, awal pagi tadi ketika tewas 1-2 di Arsenal.

“Ia satu keadaan yang amat luar biasa, satu tragedi besar,” kata pertahanan Ivory Coast itu kepada BBC Sport Wales. “Kami semua terkesan dengannya (tragedi), pemain, bandar ini dan seluruh kelab.

“Kami mengharungi perjalanan dengan pesawat dan beberapa pemain berfikir, ‘Saya tidak mahu pergi lagi.’ Ia begitu meninggalkan kesan.”

Sala berkunjung ke Cardiff untuk menandatangani perjanjian itu sebelum kembali ke Nantes bagi mengambil barangannya dan mengucapkan selamat tinggal kepada bekas rakan sepasukan. - AFP

Berita Harian X