Sabtu, 2 Februari 2019 | 7:29am
PENYERANG Lille, Nicolas Pepe (tengah) cuba mengatasi penjaga gol Nice, Walter Benitez pada aksi Ligue 1 awal pagi tadi. - Foto AFP

Lille teruskan rentak kemenangan

VILLENEUVE-D’ASCQ, Perancis: Lille meneruskan permulaan sempurna di tahun baharu dengan membelasah Nice, 4-0 dalam Ligue 1 awal pagi tadi untuk kemenangan keenam berturut-turut pada 2019 seterusnya memperkukuhkan cengkaman di kedudukan kedua.

Lille mendahului menerusi gol Rafael Leao pada minit ketujuh. 

Nicolas Pepe meledak ke penjuru gawang pada minit ke-37 untuk jaringan ke-16 miliknya dalam liga musim ini, kedua di belakang Kylian Mbappe dari Paris Saint-Germain.

Jonathan Bamba dan Loic Remy, menggandakan kedudukan pada masa tambahan babak kedua.

“Jelas kami berada pada rentak terbaik,” kata pengurus Lille, Christophe Galtier.

Lille kini 10 mata di belakang PSG yang memiliki tiga perlawanan dalam tangan, tetapi enam mata di depan Lyon.

“Mencipta sedikit jurang mata pada malam Jumaat boleh meletakkan tekanan pada pasukan lain,” kata Galtier.

Lyon akan berdepan PSG selepas ini. - AFP

Berita Harian X