Ahad, 3 Februari 2019 | 12:17pm
Penyokong Cardiff City meletak baju-t, bunga, mesej dan penghormatan lain kepada Emiliano Sala, yang penerbangannya hilang dari radar di Selat Inggeris di utara Guernsey, di luar Stadium Cardiff City di Cardiff, selatan Wales sebelum perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris di antara Cardiff City dan Bournemouth di Stadium Cardiff City, Wales. - Foto AFP

Saintis janji terus cari Sala

LONDON: Saintis marin Amerika Syarikat yang terbabit dalam operasi mencari bangkai pesawat dinaiki Emiliano Sala berjanji dia akan mencari jawapan namun memberi amaran pesawat berkenaan ‘jelas sudah hancur'. 

David Mearns mendedahkan usaha pencarian pesawat yang hilang itu bermula pagi semalam dan memberi fokus terhadap kawasan utara Guernsey. 

Pesawat membawa Sala dan juruterbang David Ibbotson hilang ketika melalui Selat Inggeris pada 21 Januari selepas meninggalkan Nantes untuk ke Cardiff, pangkalan kelab penyerang Argentina itu sertai dengan nilai £15 juta pound (RM80.44 juta). 

Pencarian rasmi pesawat yang hilang itu ditamatkan 10 hari lalu walaupun keluarga Sala masih belum putus harapan dan mereka membentuk satu kempen mengutip derma yang disokong pemain Liga Perdana seperti Laurent Koscielny dan Ilkay Gundogan. 

Rayuan derma itu berjaya memungut hampir £260,000 pound (RM1.39 juta) untuk membiayai operasi secara persendirian. 

“Saya mahu membantu mereka, semudah itu, apa saja yang kami mampu,” kata Mearns dekat Guernsey semalam. “Kami memberikan peluang buat keluarganya peluang terbaik mencari jawapan yang mereka tiada.” - Agensi 

751 dibaca
Berita Harian X