Isnin, 4 Februari 2019 | 12:56pm
Emiliano Sala. - Foto Reuters

'Ia mimpi yang buruk' - bapa Sala

BUENOS AIRES: Bapa pemain bola sepak Argentina, Emiliano Sala hari ini dikejutkan dari tidur sambil menyedari bahawa pesawat membawa anaknya sudah ditemui.

“Saya tidak mempercayainya. Ia mimpi yang buruk,” kata Horacio Sala apabila dihubungi Cronica TV di kediamannya dekat Progreso.

Dia bersendirian tinggal di Argentina apabila keluarganya bergegas ke Nantes, Perancis untuk membantu usaha mencari.

“Saya bercakap dengan mereka setiap hari. Tetapi kerana saya tiada WhatsApp, adalah mahal untuk menghubungi mereka atau mereka menghubungi saya.

“Tetapi mereka sering berkata walaupun sudah agak lama, tiada sebarang berita mengenai Emiliano atau pesawat itu,” katanya.

Sala dalam perjalanan dari Perancis untuk menyertai kelab baharunya Cardiff City dalam Liga Perdana menggunakan pesawat ringan pada 21 Januari dan hilang berhampiran Channel Islands. - AFP

 

 

934 dibaca
Berita Harian X