Jumaat, 15 Februari 2019 | 1:33am
PENGURUS Cardiff City, Neil Warnock dan Ketua Pegawai Eksekutif, Ken Choo akan menghadiri majlis pengebumian pemain bola sepak, Emiliano Sala di Argentina, Sabtu ini. - Foto BBC

Warnock hadiri pengebumian Sala

LONDON: Pengurus Cardiff City, Neil Warnock dan Ketua Pegawai Eksekutif, Ken Choo akan menghadiri majlis pengebumian pemain bola sepak, Emiliano Sala di kampung halamannya di Argentina, Sabtu ini.

Kelab Liga Perdana Inggeris itu menandatangani Sala daripada kelab Perancis, Nantes tetapi pemain yang beraksi di posisi menyerang itu tidak sempat tiba selepas maut dalam nahas udara apabila pesawat yang dinaikinya terhempas di laut ketika perjalanan.

Kehadiran kedua-dua orang penting Cardiff itu disahkan oleh jurucakap kelab, Mark Denham menerusi email, semalam.

Mayat Sala, 28, yang dibeli Cardiff City pada jendela perpindahan Januari ditemui pada minggu lalu tetapi juruterbang, David Ibbotson masih hilang.

Bangkai pesawat malang berkenaan, yang gagal dikesan selepas melakukan penerbangan pada 21 Januari lalu masih berada di dasar lautan.

AFP dimaklumkan mayat Salah akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Progreso, Argentina pada hari ini. 

Siasatan di England menyimpulkan kematian pemain itu adalah disebabkan ‘kecederaan kepala dan badan’ dan siasatan yang menjadi punca kemalangan itu masih berjalan. - AFP

999 dibaca
Berita Harian X