Khamis, 28 Februari 2019 | 12:08am
GAMBAR fail, antara yang memberi penghormatan di hadapan poster gambar besar Emiliano Sala di Stadium Beauvoir, Nantes. - Foto AFP

Nantes bawa kes perpindahan Sala ke FIFA

NANTES, Perancis: Kelab Perancis, Nantes merujuk perbalahan dengan Cardiff City mengenai yuran perpindahan Emiliano Sala kepada FIFA, kata badan induk bola sepak itu, hari ini.

Kedua-dua kelab itu bertelagah mengenai pembayaran berkenaan berikutan kematian tragis pemain Argentina berkenaan dalam kemalangan pesawat pada Januari.

Nantes merujuk perkara berkenaan kepada badan induk itu selepas pasukan dari Wales itu enggan membayar sebahagian 6 juta euro (RM27.77 juta) daripada keseluruhan 17 juta euro (RM78.69 juta) yuran perpindahan.

“Kami boleh mengesahkan bahawa petang semalam (Selasa), dakwaan daripada FC Nantes terhadap Cardiff City berkaitan perpindahan Emiliano Sala,” kata jurucakap FIFA.

“Kami sedang melihat perkara berkenaan namun tidak ada sebarang kenyataan lanjut pada tahap ini.”

Sala terbunuh selepas kemalangan terbabit yang berlaku ketika dia dalam perjalanan dari Nantes ke Cardiff untuk menyertai kelab baharunya. - AFP

740 dibaca
Berita Harian X