Jumaat, 1 March 2019 | 8:58am
Sala terbunuh selepas kemalangan terbabit yang berlaku ketika dia dalam perjalanan dari Nantes ke Cardiff untuk menyertai kelab baharunya. - Foto fail AFP

FIFA sedia siasat kes Sala

ZURICH: FIFA melancarkan siasatan ke atas kes yuran perpindahan Emiliano Sala selepas menerima aduan rasmi daripada bekas kelab pemain itu, Nantes yang mendakwa Cardiff City mengelak melakukan bayaran, umum badan tertinggi bola sepak dunia itu, semalam.

Nantes merujuk perkara berkenaan kepada badan induk itu selepas pasukan dari Wales itu enggan membayar sebahagian 6 juta euro (RM27.77 juta) daripada keseluruhan 17 juta euro (RM78.69 juta) yuran perpindahan.

Sala terbunuh selepas kemalangan terbabit yang berlaku ketika dia dalam perjalanan dari Nantes ke Cardiff untuk menyertai kelab baharunya.

Pemain Argentina itu ditemui maut dalam nahas pesawat kecil yang dinaiki ketika menuju ke Cardiff terhempas di Selat Inggeris sejurus selepas menandatangani menyertai pasukan Liga Perdana itu.

Mayatnya ditemui di dalam bangkai pesawat berkenaan namun, pasukan penyelamat hingga kini gagal menemui mayat juruterbang pesawat berkenaan, David Ibbotson.

“Kami boleh mengesahkan bahawa petang semalam (Selasa), dakwaan daripada FC Nantes terhadap Cardiff City berkaitan perpindahan Emiliano Sala,” kata jurucakap FIFA.

Kedua-dua kelab itu bertelagah mengenai pembayaran yuran berkenaan berikutan kematian tragis pemain Argentina berkenaan dalam kemalangan pesawat pada Januari. - AFP/Reuters

Berita Harian X