Jumaat, 22 March 2019 | 6:33pm
PENYERANG Wales, Bale ketika sesi latihan menjelang aksi persahabatan antarabangsa menentnag Trinidad and Tobago di Aon Training Complex. - Foto Reuters

Bale undang kemarahan penyokong Spurs

MADRID: Gareth Bale mencipta risiko kemarahan penyokong Tottenham apabila dia mendedahkan seronok melihat aksi Arsenal ketika membesar. 

Penyerang Real Madrid itu menjadi nama besar mengingati memori lama dalam siri rancangan BT Sport - What I Wore. 

Mengingati kembali kariernya sehingga kini, pemain berasal dari Wales itu begitu menghargai ikon Arsenal, Thierry Henry dan Dennis Bergkamp ketika dia meningkatkan permainannya pada usia remaja.  

Bale menunjukkan dia berada pada tahap terbaik permainannya bersama jersi Tottenham namun ketika dia memegang jersi Arsenal tertulis nama Henry di belakang, dia mengakui banyak menyaksikan aksi pemain Perancis itu ketika remaja. 

“Saya banyak melihat aksi Arsenal dan saya sangat teruja melihat pemain seperti (Thierry) Henry,” katanya. 

“Saya juga melihat Dennis Bergkamp. Mereka pasukan yang hebat – penyokong Tottenham pasti tidak gembira saya memegang ini!” 

Memori awal pemain berusia 29 tahun itu hadir ketika dia membesar di Wales sekitar 1990-an apabila Henry dan Bergkamp begitu seronok dilihat manakala Ryan Giggs - kini bos pasukan kebangsaan - memberikan satu daripada pengaruh paing besar.  

Katanya: “Dia memberikan pengaruh besar – dia hero saya ketika membesar! Memang jelas, saya orang Wales, kaki kiri dan saya banyak menjadikannya ikutan. 

“Saya gembira melihatnya bermain dan sekarang dia adalah pengurus saya! Seperti dilakukan kanak-kanak lain yang mahu menjadi seperti pemain hebat, saya pernah menjerit mengatakan saya adalah Giggs. Saya (bagaimanapun) tidak ada dada berbulu…” - Agensi 

Berita Harian X