Ahad, 31 March 2019 | 11:45pm
emain Chelsea Ruben Loftus-Cheek (tengah) bersaing dengan pemain Cardiff City, Aron Gunnarsson (kiri) dan Joe Ralls (kanan) pada perlawanan Liga Perdana Inggeris, malam tadi. - Foto AFP
emain Chelsea Ruben Loftus-Cheek (tengah) bersaing dengan pemain Cardiff City, Aron Gunnarsson (kiri) dan Joe Ralls (kanan) pada perlawanan Liga Perdana Inggeris, malam tadi. - Foto AFP

Loftus-Cheek selamatkan maruah Chelsea

LONDON: Gol pada masa kecederaan Ruben Loftus-Cheek membantu Chelsea bangkit daripada ketinggalan sebelum menewaskan Cardiff City 2-1 pada aksi Liga Perdana Inggeris, malam tadi.

Ketinggalan menerusi jaringan Victor Camarasa pada minit ke-46, Chelsea yang terdesak meraih kemenangan bagi pemburuan kedudukan empat teratas liga menyamakan kedudukan enam minit sebelum permainan berakhir menerusi kapten, Cesar Azpilicueta.

Begitupun, jaringan yang berpunca daripada sepakan sudut itu mencetus kontroversi apabila Azpilicueta dikatakan berada di posisi ofsaid sebelum menanduk masuk gol berkenaan.

Pemain Chelsea, Cesar Azpilicueta meraikan jaringan golnya ketika menentang Cardiff City pada perlawanan Liga Perdana Inggeris, malam tadi. - Foto Reuters
Pemain Chelsea, Cesar Azpilicueta meraikan jaringan golnya ketika menentang Cardiff City pada perlawanan Liga Perdana Inggeris, malam tadi. - Foto Reuters

Ketika perlawanan dijangka berakhir dengan kedua-dua pasukan berkongsi mata, Ruben Loftus-Cheek menjadi penyelamat pasukan pelawat apabila menyumbat gol pada masa kecederaan, juga menerusi tandukan bagi membantu The Blues meraih tiga mata berharga.

Kemenangan turut meredakan tekanan buat pengendali Maurizio Sarri yang bertindak merehatkan tiga tonggaknya, Eden Hazard, N'Golo Kante dan Callum Hudson-Odoi di bangku simpanan pada perlawanan berkenaan.

Keputusan menyaksikan Chelsea berkongsi 60 mata bersama pasukan tangga kelima liga, Arsenal selepas mengharungi 31 perlawanan. - Agensi

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X