Jumaat, 19 April 2019 | 7:01pm
DARI kiri, Steve McManaman, Jason McAteer dan Sami Hyypia ketika sidang media Liverpool Football Club (LFC) World Hub di One Utama Shopping Centre. Turut hadir, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Standard Chartered Malaysia, Abrar A. Anwar (kanan). - Foto Owee Ah Chun
DARI kiri, Steve McManaman, Jason McAteer dan Sami Hyypia ketika sidang media Liverpool Football Club (LFC) World Hub di One Utama Shopping Centre. Turut hadir, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Standard Chartered Malaysia, Abrar A. Anwar (kanan). - Foto Owee Ah Chun

The Reds mampu julang kejuaraan

KUALA LUMPUR: Sekali pun bakal berdepan tugas getir, tiga bekas pemain Liverpool, Jason McAteer, Sami Hyypia dan Steve McManaman sepakat merasakan The Reds mampu menjulang kejuaraan musim ini.

Ketika ini, Liverpool kendalian Jurgen Klopp yang semakin menghampiri kejuaraan, dijadualkan menentang Barcelona di separuh akhir Liga Juara-Juara dan turut bersaing dengan Manchester City bagi merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

"Saya rasa Liverpool akan menang. Ia akan jadi detik istimewa buat Klopp dan ini adalah pencapaian terbaik sejak di tiba di Liverpool.

"Saya fikir ada jurang antara dua pasukan ini ketika Barcelona dibarisi pemain lebih berusia. Lionel Messi pemain yang sukar dikawal dan agak menarik untuk melihat persaingannya dengan Virgil van Dijk," kata McAteer ketika ditemui pada Jelajah LFC World di sebuah pasaraya hari ini.

Selepas mengharungi 34 perlawanan musim ini, Liverpool kekal di puncak Liga Perdana Inggeris dengan mengutip 85 mata.

McManaman mengharapkan Klopp mampu memacu pasukan itu meraih mata maksimum dalam baki empat perlawanan.

"Saya fikir Liverpool akan memenangi semua baki perlawanan. Bergantung kepada apa yang City mampu lakukan kerana mereka juga pasti pasukan pilihan untuk memenangi perlawanan yang diharungi.

"Apa juga yang berlaku, kita perlu menikmatinya dan Liverpool semakin bertambah baik," kata McManaman.

Berita Harian X