Sabtu, 20 April 2019 | 11:21pm
Pemain Perak,Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi (kiri) cuba melepasi pemain Pahang,Herold Mark Goulan pada saingan Liga Super di Stadium Perak. - Foto Effendy Rashid

Pahang 'tawan' Perak

IPOH: Pasukan Perak kecundang di laman sendiri kepada Pahang 0-1 dalam saingan Liga Super di Stadium Perak, di sini sebentar tadi. 

Kemenangan itu membolehkan skuad Tok Gajah terus menghambat Johor Darul Ta’zim (JDT) selaku pendahulu liga.

Bagaimanapun, skuad The Bos Gaurus bermula garang apabila mengasak pada awal perlawanan namun gagal menemui penyudah. 

Pelawat juga memiliki beberapa peluang untuk mendahului pada babak pertama termasuk percubaan Jose Eduardo atau lebih sinonim dengan panggilan Ze Love pada minit ke-37 dinafikan palang. 

Separuh masa pertama tamat tanpa jaringan bagi kedua-dua pasukan. 


Pemain Perak,Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi (kiri) cuba melepasi pemain Pahang,Herold Mark Goulan pada saingan Liga Super di Stadium Perak. - Foto Effendy Rashid

Bermula babak kedua permainan semakin rancak dengan anak buah Mehmed Durakovic cuba menghasilkan gol pendahuluan namun gagal. 

Sebaliknya pasukan Pahang bimbingan jurulatih Dollah Salleh berjaya memperoleh sepakan percuma pada minit ke-56 yang diambil Nor Azam Abdul Azih dan bola dapat kepada kapten Matthew Davies yang membuat hantaran di depan pintu gol sebelum disudahkan Mark Herold. 

Gol berkenaan nyata menghangatkan lagi semangat tuan rumah untuk mencari gol penyamaan hingga mengakibatkan pemain lawan Nor Azam menerima kad merah selepas dilayang kad kuning kedua pada minit ke-72. 

The Bos Gaurus bagaimanapun gagal memanfaatkan kelebihan menentang Tok Gajah yang bermain 10 orang dan keputusan 0-1 kekal hingga tamat perlawanan.

1212 dibaca
Berita Harian X