Ahad, 21 April 2019 | 12:43am
Pemain Bayern Munich, Niklas Suele (kiri) merembat lalu membolosi gawang Werder Bremen pada perlawanan Bundesliga, malam tadi. - Foto EPA

Gol Suele legakan Bayern

BERLIN: Gol lewat Niklas Suele memastikan Bayern Munich terus menghambat kejuaraan Bundesliga selepas meraih kemenangan 1-0 terhadap Werder Bremen yang beraksi 10 pemain, malam tadi.

Kemenangan menyaksikan gergasi Bavarian itu memiliki kelebihan empat mata di depan pencabar utama, Borussia Dortmund yang dijadual beraksi, malam esok.

“Lebih bagus jika kami menyempurnakan beberapa peluang yang kami dapat, tetapi kami layak menang,” kata jurulatih Bayern, Niko Kovac.

Bremen berjaya mengekang Bayern pada perlawanan berkenaan sebelum berdepan tamparan kurang sejam perlawanan berlangsung apabila Milos Veljkovic diarah keluar padang selepas dilayangkan kad kuning kedua.

Deretan peluang diperoleh Bayern selepas itu tetapi gawang Bremen hanya dirobek 15 minit sebelum perlawanan berakhir menerusi Suele.

“Saya melakukan beberapa rembatan ketika menentang Dortmund jadi perasaan yang bagus untuk menjaringkan gol kemenangan hari ini,” kata Suele. 

Sementara itu pada perlawanan berbeza, luka Stuttgart yang menghuni kedudukan tiga tercorot tambah parah apabila dimalukan dengan kekalahan 6-0 oleh satu lagi kelab bergelut, Augsburg.

Bayer Leverkusen dalam pada itu mengekalkan laluan untuk beraksi di kancah Eropah selepas meraih kemenangan 2-0 ke atas Nuremberg. - AFP

316 dibaca
Berita Harian X