Jumaat, 26 April 2019 | 11:27pm
PEMAIN Kedah, Jonatan Jesus Bauman (kiri) mengekang pemain Selangor, Taylor Francis George Regan (kanan) pada aksi Liga Super 2019 di Stadium Darul Aman, sebentar tadi. - NSTP/Amran Hamid

Kedah kongsi mata di Darul Aman

 

ALOR SETAR: Hasrat Kedah mengutip mata penuh terhalang apabila seri 1-1 berdepan Selangor pada aksi Liga Super di Stadium Darul Aman sebentar tadi.

Skuad Lang Merah bagaimanapun tetap mempamerkan serangan menarik sekalipun menerima cabaran hebat daripada skuad The Red Giants  yang memiliki pemain hebat termasuk bekas pemain Kedah musim lalu. 

Kedah bermula  garang dengan menekan kubu Selangor menerusi percubaan pada minit ke-11 hasil lorongan Rizal Ghazali ke kiri kotak penalti Selangor namun gagal ditolak masuk Renan Alves. 

Empat minit kemudian, Kedah sekali mencemaskan kubu Selangor hasil cubaan Jonatan Bauman yang menerima hantaran Fernando Rodriguez tetapi ditampan keluar penjaga gawang Farizal Harun. 

Tertekan dengan asakan Kedah,  Selangor bangkit pada minit ke-18 apabila Sandro Da Silva yang  mendapat hantaran ke belakang oleh Azreen Zulkafali, menewaskan menewaskan penjaga gol Kedah, Ifwat Akmal. 

Syahmi Safari hampir menambah gol kedua Selangor selepas mendapat hantaran Sean Selvaraj pada minit ke-22 namun percubaannya gagal membuahkan hasil apabila tersasar ke sebelah kanan gawang Kedah.

Lima minit sebelum tamat babak pertama Kedah menyamakan kedudukan menerusi kaptennya, Baddrol Bakhtiar yang menanduk cantik menewaskan Farizal Harun hasil hantaran Azmeer Yusof dari sebelah kanan gawang Selangor. 

Berita Harian X