Khamis, 9 Mei 2019 | 7:01pm
KETUA Jurulatih skuad bola sepak bawah 18 tahun (B-18) negara, Bojan Hodak. - Foto BERNAMA
KETUA Jurulatih skuad bola sepak bawah 18 tahun (B-18) negara, Bojan Hodak. - Foto BERNAMA

Hodak senarai 32 pemain sertai latihan pusat B-18

KUALA LUMPUR: Ketua Jurulatih skuad bola sepak bawah 18 tahun (B-18) negara, Bojan Hodak menyenaraikan 32 pemain untuk menjalani sesi latihan pusat di Padang Latihan Sime Darby, Bukit Jelutong, bermula 14 hingga 24 Mei ini.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan hari ini, memaklumkan latihan selama 11 hari itu adalah sebagai persiapan dan persediaan bagi menghadapi Kejuaraan B-18 AFF 2019 di Vietnam yang dijadual berlangsung dari 5 hingga 18 Ogos.

Lapan pemain pula disenarai untuk menggantikan mana-mana pemain daripada senarai asal sekiranya mengalami kecederaan.

Mereka yang terpilih itu adalah Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman, Ali Amran Sukari, Luqman Hakim Shamsudin, Muhammad Raimi Shamsul, Harith Haiqal Adam Afkar, Muhammad Firdaus Ramli, Muhamad Umar Hakeem Suhar Redzuan, Aiman Haikhal Azman (AMD).

Turut disenaraikan adalah T Saravanan, Muhammad Firdaus Abdul Razak, Muhammad Iqmal Ramlan (Selangor), Muhammad Wazif Nazarail, Muhammad Yazid Nor Azmi dan Muhammad Adam Malique Daniel Ady (FELDA United).

Selain itu, Firdaus Irman Mohd Fadhil, Muhd Mukhairi Ajmal Mahadi, Muhammad Hakimi Mat Isa (PKNP); Muhammad Ilham Syukri Jamaluddin, Chia Ruo Han (Johor Darul Ta'zim); Muhammad Azim Al-Amin Kamaruddin, Muhammad Irfan Faiz Mohd Saharudin (Kuala Lumpur).

Akmal Hazim Ismail, Sairul Ikram Shafri (Perak); Muhammad Azam Azmi Murad, Muhd Muslihuddin Atiq Mat Zahid (Terengganu); Muhammad Shafi Azswad Sapari (Melaka); Muhammad Aikmal Roslan (Negeri Sembilan), Mohd Aiman Afif Md Afizul (Kedah).

Disamping itu, Muhammad Riezman Irfan Mohd Nadzri (Pahang), Mohd Daniel Irfan Mohd Nadzri (Pulau Pinang), Nik Umar Nik Aziz (PKNS) dan Gideon Apoi Ganang (Sarawak).

Lapan pemain simpanan adalah Ahmad Zikri Mohd Khalili, Muhammad Firdaus Kaironnisam (AMD); Muhammad Aidil Azuan (PKNP); Muhammad Faris Kamardin (Selangor); Alan Lagang Keryer (Sarawak).

Disamping itu, Ahmad Azraf Ahmad Azam, Muhammad Syafiq Sabaruddin (PKNS) dan Amirul Naim Shahruddin (SSBJ)

-- BERNAMA

Berita Harian X