Sabtu, 11 Mei 2019 | 12:17am
Pemain import Kedah, Fernando Rodriguez Ortega (kanan) berebut menanduk bola bersama pemain import PKNS FC, Rodney Celvin Akwensive ketika separuh masa pertama pada perlawanan diantara Kedah menentang PKNS FC di Stadium Darul Aman. - Foto Sharul Hafiz Zam

Kedah ke separuh akhir

ALOR SETAR: Kedah menepati ramalan dengan melayakkan diri ke separuh akhir Piala FA apabila mengikat PKNS FC 1-1 di di Stadium Darul Aman seterusnya menang dengan agregat 4-2, sebentar tadi.

Kelebihan bekalan dua gol diperoleh Kedah dalam suku akhir pertama membangkitkan semangat skuad kendalian jurulatih Aidil Sharin Sahak apabila banyak menggagalkan percubaan PKNS FC mencipta gol di tempat lawan. 

Antara percubaan menarik ialah pada minit kelima apabila Fernando Rodriguez hampir meletakkan Kedah di depan namun tandukannya hasil hantaran Farhan Roslan gagal menepati sasaran. 

Pemain import Kedah, Jonatan Jesus Bauman (kanan) meraikan jaringan gol pertama ketika separuh masa pertama pada perlawanan diantara Kedah menentang PKNS FC di Stadium Darul Aman. - Foto Sharul Hafiz Zam

Selang lima minit kemudian, PKNS FC pula memburu gol awal dengan sepakan percuma namun gagal membuahkan hasil apabila hinggap di palang gawang Kedah. 

Kedah berjaya membuka gol pertama menerusi percubaan Jonatan Bauman yang menewaskan penjaga gawang lawan, Muhammad Zarif selepas mendapat hantaran silang Rodriguez melalui gerakan pantas sebelah kiri.

PKNS FC bangkit dan berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-33 menerusi umpanan Gabriel Guerra ke dalam kotak penalti dan tampanan pertahanan Kedah, Azmeer Yusof masuk ke gawang sendiri dan kedudukan itu kekal hingga tamat permainan.

Berita Harian X