Ahad, 19 Mei 2019 | 12:54am
PEMAIN Import Kedah, Fernando Rodriguez Ortega (kanan) pada perlawanan Liga Super diantara Kedah Menentang Melaka United, di Stadium Darul Aman. - Foto Sharul Hafiz Zam.

Kedah bangkit kutip tiga mata

ALOR SETAR : Kedah bangkit mengutip tiga mata apabila menyudahkan aksi  perlawanan ke-14 Liga Super dengan kemenangan selepas menewaskan Melaka United 2-1 di Stadium Darul Aman sebentar tadi.

Dua gol yang dihasilkan Kedah pada malam ini berjaya membawa skuad kendalian Aidil Sharin Sahak ini kembali ke tangga ketiga liga selepas gagal mempertahankannya pada perlawanan bertemu Selangor Rabu lalu.

Sepakan percuma Melaka United pada minit ke-31 yang diambil Safiq Rahim berakhir dengan tandukan penyerang Luka Mikunovic yang merobek gawang tuan rumah.

Di babak kedua, penantian gol Kedah berakhir pada minit ke-60 apabila bola hantaran Jonatan Bauman ditanduk Baddrol Bakhtiar untuk menewaskan penjaga gawang Melaka Khairul Fahmi Che Mat. 

Melaka terus tertekan apabila Kedah berjaya menambah gol kedua bermula dengan gerakan Farhan Roslan pada minit ke-71 dan percubaannya menyaksikan Jang Sukwon tertampan bola ke gawang sendiri. 

 

Berita Harian X