Ahad, 19 Mei 2019 | 1:57am
Manchester City melengkapkan treble domestik Liga Inggeris selepas menewaskan Watford 6-0 pada final Piala FA sebentar tadi. - Foto Reuters

Man City catat sejarah raih treble

LONDON: Manchester City melengkapkan treble domestik Liga Inggeris selepas menewaskan Watford 6-0 pada final Piala FA sebentar tadi.

Turun sebagai pasukan pilihan, skuad kendalian Pep Guardiola yang sudah merangkul Piala Liga dan Liga Perdana Inggeris menepati ramalan untuk menyapu bersih ketiga-tiga piala domestik England.

David Silva membuka jaringan pada minit ke-26 selepas mendapat umpanan Raheem Sterling.

Sterling kemudian menambah jaringan pada minit ke-38 hasil umpanan Gabriel Jesus untuk City selesa mendahului 2-0 sebelum rehat.

Bersambung babak kedua City mengukuhkan kedudukan dengan gol ketiga menerusi Kevin De Bruyne, juga hasil umpanan Jesus yang kemudian meledak gol keempat tujuh minit kemudian susulan umpanan De Bruyne.

Sterling melengkapkan hatrik dengan dua gol dalam tempoh 10 minit terakhir untuk kejuaraan Piala FA keenam kelab berkenaan.

2556 dibaca
Berita Harian X