Ahad, 16 Jun 2019 | 9:15pm
PEMAIN Selangor, Mohd Khyril Muhymeen (tengah) diasak pemain Kuala Lumpur, Muhammad Irfan Zakaria pada aksi Liga Super Malaysia 2019 di Stadium Shah Alam. - Foto Hafiz Sohaimi
PEMAIN Selangor, Mohd Khyril Muhymeen (tengah) diasak pemain Kuala Lumpur, Muhammad Irfan Zakaria pada aksi Liga Super Malaysia 2019 di Stadium Shah Alam. - Foto Hafiz Sohaimi

'Nasib kita di tangan kita sendiri'

KUALA LUMPUR: Kekalahan Kuala Lumpur di tangan Selangor pada aksi tetangga Lembah Klang’, semalam meletakkan pasukan itu dalam situasi bahaya apabila berdepan kemungkinan tersingkir ke Liga Perdana, musim hadapan.

Kegagalan mengutip sekurang-kurangnya satu mata menyaksikan skuad  ‘The Hawks’  yang menghimpun 14 mata hanya berkelebihan satu mata daripada pasukan di tangga ke-11, PKNP FC dan hanya dua mata mengatasi pasukan di tangga tercorot, FELDA United.

Pengendalinya, Chong Yee Fatt mengakui anak buahnya perlu terus bekerja keras bagi memastikan dapat terus kekal beraksi dalam Liga Super musim depan, apatah lagi saingan kini hanya berbaki enam perlawanan.

“Kita sedar dengan keputusan pasukan lain namun saya ingatkan kepada pemain supaya fokus kepada pasukan sendiri. Nasib kita di tangan kita sendiri.

“Walaupun kecewa dengan keputusan malam ini (tadi), kita tiada jalan lain kecuali bangkit menunjukkan keputusan yang lebih baik selepas ini.

“Ada enam perlawanan lagi kita akan terus berjuang sehingga penghujung saingan liga bagi memastikan kita dapat kekal dalam Liga Super,” katanya pada sidang media selepas perlawanan.

Mengulas lanjut persembahan anak buahnya, Yee Fatt tetap gembira apabila anak buahnya tetap menunjukkan semangat juang untuk bangkit sebelum dikecewakan dengan penalti minit akhir.

“Saya berpuas hati dengan apa yang ditunjukkan barisan pemain saya. Walaupun ketinggalan, mereka cuba untuk bangkit dan semangat itu ditunjukkan pada separuh masa kedua,” katanya.

 

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X