Ahad, 21 Julai 2019 | 6:32pm
GARETH Bale. - Foto AFP

Tindakan Zidane terhadap Bale 'memalukan'

LOS ANGELES: Ejen Gareth Bale melabelkan bos Real Madrid, Zinedine Zidane sebagai “memalukan” selepas pengendali dari Perancis itu mendedahkan bahawa gergasi La Liga itu bersedia menjual bintang Wales itu dalam masa beberapa hari.

Zidane meninggalkan Bale daripada skuad Real ketika kalah 3-1 pada saingan pertunjukan kepada Bayern Munich di Houston, semalam dan selepas itu mendedahkan pemain itu digugurkan kerana kelab “sedang berusaha mengeluarkannya”, sambil menambah dia harap ia akan berlaku tidak secepat mungkin “demi kebaikan semua.”

“Zidane memalukan, dia tidak menunjukkan rasa hormat kepada pemain yang sudah melakukan terlalu banyak buat Real Madrid,” kata ejen Bale, Jonathan Barnett kepada AFP.

Ditanya sama ada Bale semakin hampir meninggalkan Madrid, Barnett berkata: “Kami sedang melakukannya.”

Bale tidak digunakan di Madrid oleh Zidane walaupun pemain itu membantu skuad berkenaan meraih gelaran Liga Sepanyol dan empat kejuaraan Liga Juara-Juara sejak tiba dari Tottenham Hotspur enam tahun lalu. - AFP

Berita Harian X